” Lawanya gambar Anne masa kahwin.. ” – Netizen
Achey Kongsi Video Dan Ucapan Sempena Ulang Tahun Perkahwinannya. Wah, Berseri-Seri Muka Achey Dan Isteri. Happy Anniversary Achey Dan Anne !!
Achey Bocey, seorang pelawak terkenal yang sering menghiburkan penonton dengan gayanya yang lucu. Setiap perkongsiannya di laman media sosial pasti mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, ada sahaja videonya yang membuatkan ramai terhibur.
Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan Achey dan isterinya, Anne yang ke- 11 tahun. Achey telah berkongsi ucapan ulang tahun perkahwinan buat isteri tercintanya di posting akaun Instagram miliknya.
Umum sedia tahu bahawa perkahwinan pasangan ini, mereka masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Namun kehadiran Tiara dalam hidup mereka pada tiga tahun lalu, telah menyerikan rumah tangga pasangan ini.
Menerusi posting lain, Achey juga turut berkongsi video yang memaparkan perjalanan awal kisah cinta dia dan isterinya. Perkongsian Achey itu bukan sahaja mendapat perhatian daripada netizen tetapi juga rakan-rakan artis yang lain.
Di ruangan komen, kenalan artis dan para peminat turut memberikan kata ucapan buat Achey dan isterinya. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Semoga kekal hingaa anak cucu.. ” – Ajak Shiro
” Happy Anniversary Achey and Anne.. ” – Datin Almy Nadia
” Alhamdulillah tahniaaaah sahabat, moga kekal ke jannah aminnn.. ” – Fakhrul UNIC
” Selamart ulang tahun abg Achey dan akak Anne, smga ik4tan yang dibina ini akan kekal ke syurga.. “
” InsyaAllah, smga satu hari nanti akan termakbul doa kalian untuk mendapat cahaya mata, selamat ulang tahun.. “
” Lawa gambar Anne masa kahwin. Semoga jodoh Acyeh dan Anne akan kekal hingga ke akhir hayat, amin.. “
” Happy Anniversary both of you, semoga berkekalan hingga ke Jannah danĀ dikurniakan cahaya mata, Aminn.. “
Wah sweet sangat video yang dikongsikan oleh Achey tu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Achey dan isteri. Semoga Achey dan Anne sentiasa bahagia bersama.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Achey Bocey, Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..