” Alhamdulillah, semoga terus istiqamah.. ” – Netizen

Isteri Pereka Fesyen Terkenal Rizman Nordin, Nurida Suraya Sudah Berhijab. Alhamdulillah, Bertambah Cantik Dan Menawan Nurida Setelah Berhijab. Terbaik !!

Sebelum ini di sepanjang bulan ramadan, isteri kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin iaitu Nurida Suraya telah mencur1 perhatian netizen setelah dirinya sering berkongsi gambarnya yang tampil mengenakan hijab.

Terkini, menerusi akaun Instagram rasmi Rizman Ruzaini telah berkongsi gambar terbaru Nurida. Pada posting itu juga turut tertulis bahawa perjalanan baru Nurida yang kini telah pun berhijab dan mendoakan semoga Nurida akan terus istiqamah.

Semestinya berkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai kerana sebelum ini ramai masih bertek4-teki adakah benar Nurida sudah berhijab. Perkongsian khabar gembira itu telah mendapat ratusan komen daripada netizen setakat ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, Nurida telah tampil mengenakan busana labuh dan dia juga turut mengenakan fesyen turban di kepalanya. Perkongsian ini telah mendapat belasan ribu tanda like setakat ini.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan semoga Nurida akan terus istiqamah dan mereka juga memuji akan penampilan terbaru Nurida ini makin bertambah cantik. Antara komen-komen netizen adalah :

” Dah pakai hijab, Allahuakhbar. Tahniah, makin cantik sis bila dah berhijab ni. Moga terus istiqamah sis.. “

” Alhamdulillah. Terus istiqamah, sebelum ni cantik, sekarang bertambah cantik dan seri setelah bertudung.. “

” MashaAllah mommy Rizqa dah sedia cantik. Bertambah2 cantik bila berhijab. Subhanallah sister.. “

” Cantiknya, Alhamdulillah, syukur. Semoga Nurida Suraya akan terus menutup auratnya dengan baik.. “

” Syukur, tahniah sis, perjalanan yang terindah, smga sis akan terus teguh untuk menutup aurat.. “

” Patut lah sekarang byk gmbar bertudung, dah berhijab rupanya. Alhamdulillah, tahniah Nurida.. “

” Makin menawan setelah berhijab, alhamdulillah berhijrah ke arah yang lebih baik, tahniah dan terus kuat utk istiqamah.. “

Wahh tahniah Nurida, Alhamdulillah perjalanan baru yang sangat indah. Cantik sangat Nurida setelah berhijab ni. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Nurida, semoga dirinya akan terus istiqamah dalam menutup aurat.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Rizman Ruzaini, Nurida Suraya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..