” Uishh, dah macam Hyun Bin kot.. ” – Netizen

Gambar Zarul Umbrella Berambut Panjang Raih Perhatian Peminat. Woww Nampak Lagi Muda, Memang Sekali Tengok Dah Macam Artis Korea !!

Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin kembali menjadi sebutan setelah menyertai program Geg4r Vaganza musim ketiga pada tahun 2016. Malah lakonannya menerusi drama bersiri ‘Syurga yang ke-2’ tayangan di Astro pada tahun 2017 turut menaikkan namanya.

Memiliki rupa paras yang kacak dan dikatakan antara selebriti yang awet muda, Zarul juga turut mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri yang sentiasa mengikuti perkembangnya di akaun Instagram. Malah apa yang dikongsikan oleh Zarul pasti mendapat perhatian ramai.

Terbaru, telah dikongsikan Zarul adalah gambarnya yang berambut panjang. Sekali lagi perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para peminatnya. Manakan tidak, gambar tersebut melihatkan Zarul tampil lebih muda dan kacak.

Pada posting  itu, Zarul telah memberitahu bahawa gambar tersebut telah di’edit’ oleh isteri tercintanya. Seloroh Zarul menerusi penulisannya itu lagi, isterinya seperti sudah memberikan kebenaran kepadanya untuk berambut panjang.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji bahawa gambar Zarul berambut panjang itu kelihatan lebih kacak dan seperti artis Korea. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ni dah nampak mcm hero Korea. Pas ni tak boleh cari makan lah artis lelaki kt malaysia ni nanti, hehe.. “

” Perggh dah macam Oppa lah abg, adudududu baik simpan rambut mcm ni, memang lagi nampk muda.. “

” Ahh sudah, dia jadi artis Korea pula, tapi tengok smart juga gini. Wife bagi betul ke tu bro simpan rambut pjng.. “

” Angan-angan tak salah, hehe memang nampak kacak, try lah simpan tengok rmbut panjg, nampak muda 10 tahun tau.. “

” Weh uishh dah macam Hyun bin kot, oppa saranghae, hehehe. Tapi versi rambut panjang lah, rambut pendek pun ok, panjang pun ok jg.. “

” Ubah angin abg, style baru pula, slalu rambt pendek je, cuba rambut pnjg, msti nampak muda mcm tahun 90 dulu.. “

” Uishh style abg, lain sungguh ni dah macam korea mari. Lagi handsome dari rambut pendek, ser1us tak t2pu.. “

Amboi ramai betul yang puji Zarul ni kacak bila berambut panjang. Apa-apa pun, perkongsian oleh Zarul itu adalah sekadar hiburan dan kami dari Berita Kopak berharap semoga Zarul sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya sekarang.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Zarul Husin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..