” Habis segala mak nenek pepatah dia keluar, haha.. ” – Netizen
Nabila Huda Kongsi Video Gaya Suaminya, Mohd Izwan Sedang Tidur. Namun Part Komen Izwan Kepada Isterinya Buat Ramai Yang Terhibur. Amboi Panjang Betul Dia Punya Bebel Ni, Haha !!
Nabila Huda, antara pelakon yang bakatnya sering kali mendapat pujian ramai. Berjaya menjiwai watak yang diberikan, hasil lakonannya yang mantap buat penonton kagum dengan karyanya dalam bidang seni.
Bagi yang mengikuti Nabila di akaun Instagram, pasti tahu Nabila mempunyai hobi suka memasak. Sering kali berkongsi video memasak, pasti perkongsian oleh Nabila itu berjaya menarik perhatian ramai dan menu masakannya dilihat sangat menyelerakan.
Meninjau di akaun Instagram Nabila, telah berkongsi satu video yang merakamkan sekali lagi Nabila ingin memasak. Namun pada awal video tersebut, Nabila sempat merakamkan gaya suaminya sedang tidur di atas katil.
Kelihatan suami Nabila, Mohd Izwan sungguh nyenyak tidur seperti begitu keletihan. Perkongsian video oleh Nabila pada kali ini juga telah berjaya menarik perhatian ramai dengan mendapat puluhan ribu tanda like dan ratusan komen daripada netizen.
Tonton video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur akan perkongsian video oleh Nabila itu dan ada yang memuji masakan Nabila kelihatan sangat menyelerakan. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Abil kalau tak kelakar memang tak sah kan, kau sempat lagi ken4kan laki kau yer, haha alahai kes1an nau tgk dia tidur.. “
” Muka tu letih dah macam balik dari menanam padi lah, nak4l betul lah Nabila ni, aku tengok pun ketawa.. “
” Sedap tengok Abil makan, uish menyelerakan sungguh. Lawak lah Nabila sempat rakam si Azwan tidur.. “
” Muka tidur pun kelakar, segala mak nenek pepatah dia keluar taip gara-gara bini rakam dia tengah tido, haha.. “
” Yeayy Abil kembali dalam cooking show, wow tak pernah mengecew4kan menu masak Abil, so yummy lah.. “
” Cover ar skit laki tengah tidur tu, kau tu tggu lah Abil, dia bangun tgk video ni, siap lah kau, mst kena bebel, haha.. “
” Suka tengok pasangan ni, memang kelakar, hidup harmoni je. Tak lah kongsi video sweet2 mcm pasangan lain, meny4mpah je tgk.. “
Namun, tak sangka Mohd Izwan turut memberikan respon di ruangan komen.
Respon netizen yang turut terhibur membaca komen Izwan
Wow, komen suami Nabila itu sehingga kini telah menerima lebih lapan ratus tanda suka. Memang win betul cara Izwan tulis tu, sangat menghiburkan. Apa-apa pun, perkongsian tersebut hanyalah sekadar hiburan sahaja daripada Nabila buat semua.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Nabila Huda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..