” Gambar last tu comel sangat, selang bunga anaknya.. ” – Netizen
Fedtri Yahya Kongsi Koleksi Gambar-Gambar Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 10 Tahun. Tak Berubah Muka Suami Isteri Ni, Awet Muda Sungguh. Gambar Yang Akhir Dengan Anak-Anak Tu Paling Win !!
Pengacara program berbentuk Islamic, Jejak Rasul iaitu Ahmad Fedtri Yahya memang terkenal di kalangan penonton. Lenggok suaranya bercakap dan bahasa yang puitis digunakan oleh Fedtri begitu sedap didengari.
Menerusi akaun Instagram Fedtri Yahya, telah dikongsikan beberapa keping gambar kenangan Fedtri. Hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan Fedtri dan isterinya, Nurul Anati Ismail yang ke 10 tahun dan Fedtri mencoretkan nukilan rasanya.
Di ruangan kapsyennya, Fedtri bercerita tentang jasa dan peng0rbanan isterinya sepanjang perkahwinan mereka. 4 kali bertar0ng nyaw4 untuk melahirkan 4 orang zuriat mereka, rupanya Nurul pernah mengalami kegug0ran sebanyak 4 kali juga.
Benar kata Fedtri, tidak lengkap rumah tanpa isteri solehah dan ibu mithali. Melihat kepada gambar-gambarnya pula, cantik dan manis sekali Fedtri dan isteri di hari pernikahan mereka. Gambar terakhir pun comel sahaja susunannya, perancangan Allah terbaik.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian Fedtri ini mendapat 32 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada peminat sehingga kini. Ucapan tahniah diberikan oleh peminat untuk Fedtri dan antara komen-komen mereka :
” Alhamdulilllahhh happy anniversery. Moga bahagia hingga ke jannah. Perkahwinan itu ibadah, rezeki & sunnah Nabi saw. Nice picture especially the last one.. “
” Tahniah bang. Moga terus di berkati dan di rahmati dan di pelihara Allah rumahtangga ini. Gambar last tu paling semp0i. i love the last picture, comelnya korang semua.. “
” Happy Anniversary. Semoga terus diberi kebahagiaan dan kemudahan rezeki dunia & akh1rat. Anak2 juga ‘selang bunga’. Sesuai dengan Ketua Keluarganya yg senang bergurindam. Alhamdulillah.. “
” MasyaAllah Tabarakallah kalau tak father of 8 hang kan. Semoga Allah murahkan rezeki keluarga hang En Ahmad. Suka tengok gambar yang last tu.. “
” Comel selang bunga, till jannah ye. Selamat ulangtahun Fedtri dan isteri, semoga barokah dan dilindungi Allah selalu. Gambar last tu best sangat.. “
” Cantik aturan Allah, selang bunga anaknya. Ahh gambar last tu comel sangat. Semoga bahagia hingga ke Jannag, amiin.. “
” Last sekali tu comel je semua. Seronoknya anak selang bunga, selepas selang dengan ayah dan ibunya. Alhamdulillah moga kekal berpanjangan kebahagiaan ini.. “
Rezeki dari Allah, ada isteri yang saling melengkapi dan anak-anak yang menambah kebahagiaan. Memang comel betul susunan dalam gambar Fedtri tu. Apa pun, selamat ulangtahun perkahwinan dan semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..