” Habislah penyanyi Malaysia dah tak boleh cari makan.. ” – Netizen

Video Bell Ngasri Menyanyikan Lagu Belaian Jiwa Ketika Sesi Penggambaran Kampung Pisang Muzikal Buat Ramai Terhibur. Lain Macam Sungguh Semangat Bell Menghayati Lagu. Eh, Macam Nyanyi Lagu Patriotik Pula !!

Pada yang mengikuti drama Kampung Pisang Bersiri-siri, pastinya anda mengenali watak Barkoba yang dipegang oleh Bell Ngasri. Namun bersempena hari raya Aidilfitri, peminat siri ini boleh menonton filem istimewa berjudul Kampong Pisang Muzikal Raya.

Masih mengekalkan pelakon yang sama, apa yang berbeza filem ini menerapkan konsep muzikal. Meninjau ke akaun Instagram Bell, satu video ketika sesi latihan ketika penggambaran filem tersebut telah dikongsikan.

Ke semua pelakon filem tersebut sedang berlatih menyanyikan lagu Belaian Jiwa di mana Bell selaku penyanyi utama. Dengan kapsyen ‘ Ini bukti suara sebenar saya ‘, ia merujuk kepada suara Bell yang menyanyikan lagu tersebut.

Video yang berdurasi beberapa saat itu telah membuatkan ramai terhibur. Bukan kerana suara Bell tetapi kerana gaya Bell yang begitu bersemangat sekali. Ada menyatakan penghayatan Bell seperti menyanyikan lagu patriotik.

Jom tonton video di bawah :

Boleh tahan juga suara Bell kan. Suara latar pun merdu juga. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Mantap cik, mcm zainal abidin.. Hahahahahaha…. weehhhh pec4h peruttttt weeh hahahaha.. Hari ni dah masuk 2 kali nengok… bestttt tahniah semua yg terlibat.. “

” Perghhhh suara sebijik mcm bell ngasri.. Ok lepas ni bole buat album terus.. no single2 okay .. Sure ‘pec4h pinggan’ jgk kali ni.. “

” Mantap, boleh dah buat album ni .. Sy dah tengok. Support filem melayu.. lawak g1ler.. Baru tgk tadi barkoba.. tak sangka.. “

Habislah penyanyi msia dah tak boleh cari mkn.. Semangat mcm nyanyi lagu patriotik bell.. Kenapa aku tengok mcm kelako jer bell.. “

” Dh tgk dh cite ni… best2.. tak nyanyi lagi kelakar.. nyanyi plak, habislah.. Dasat bellngasri official suara macam Dato ramli ms.. “

” Teh o ais london mareyyyy detected .. Kunduktor bus pn bole gak.. Cuma nak tau, kenapa bawa motor berdiri bell?  Perh abg kecik tere nyanyi.. “

” Dah tengok dah citer tadi memang besttttt, bell memang berbakat.. Memang d4hsyat ye semangat nyanyi reramai.. terbaek.. “

Bell sememangnya antara artis yang berbakat besar. Bell mampu menjayakan apa sahaja watak yang diberikan kepadanya. Menyanyi pun boleh juga. Semoga Bell Ngasri terus menghiburkan dunia seni tanahair.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..