” Lah anak ke, cantiknya. Ayahnya tak tua langsung muka.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Abang Sulung Bell Ngasri, Naszeli Ngasri Bersama Anak Perempuannya, Inas Sofea Sebelum Majlis Akad Nikah Anaknya Itu. Wah Dah Ada Menantu Rupanya Naszeli. Anak Cantik, Ayah Maintain Muda Je !!

Legasi Ngasri Sain antara yang menjadi sebutan di tahun 90-an. Sudah lama juga peminat tidak mendengar khabar salah seorang anaknya iaitu Naszeli Ngasri. Abang kepada pelakon Bell Ngasri, Darling Ngasri dan Datin Anne Ngasri ini antara pelakon terkenal suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, Anne dan Darling ada berkongsikan gambar mereka bersama salah seorang anak Naszeli bernama Inas Sofea. Meninjau akaun Instagram Naszeli sendiri, beberapa keping gambar Naszeli bersama anak perempuannya itu dimuatnaik.

Posting ini yang dikongsikan oleh Naszeli pada awal Januari lalu ketika mereka dalam perjalanan untuk ke majlis akad nikah anaknya ini. Tulis Naszeli di kapsyennya berbunyi beberapa minit sebelum dapat tittle pak mertua.

Pastinya penampilan Naszeli yang nampak tidak dimam4h usia ini menjadi perhatian selain wajah Inas yang cantik. Inas yang memakai pakaian pengantin berwarna putih nampak berseri-seri wajahnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Naszeli ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Wajah Naszeli dan Inas juga menerima pujian. Antara komen-komen peminat :

” Laa anak kaa. Ingatkan abang Naszeli kahwin lagi haha. Kacaknya tak berubah wajah dari dulu sampai sekarang, muda je nampak.. “

” Cantiknya anak sulung Naszeli ni. Anak rupanya, si ayah ni vamp1re ke. Tak nampak tua langsung muka, eeii jeles betul la bang.. “

” Alhamdulilllahh. Tahniah boy. Sikit lagi dapat cucu pulak Hehe. Semoga dipermudahkan segala urusan.. “

” Ayahnya muda sangat ni, anak pun cantik ayu je mukanya. Tahniah Naszeli dapat menantu. Semoga perkahwinan anak kekal bahagia hingga ke jannah.. “

” Apasal ayah nampak macam umur 23 tahun ni adui. Cantiknya anak Naszeli, manis macam ayah dan mamanya sangat.. “

” Congrats abang Naszeli Ngasri, terima menantu dah. Uish ayahnya nampak muda belia la, ayahnya umur berapa ni tak tua tua la.. “

” Tahniah bro, tak lama lagi dapat tittle DATUK pulak. Masalahnya sekarang, kenapa muka ayah tu muda sangat. Ingatkan pengantin lelaki dah tadi hehe.. “

Tak nampak berubah wajah Naszeli ini, sama seperti adiknya Bell, nampak muda belia sahaja. Mana anak tak cantik, mak dan ayahnya pun maintain kacak dan jelita. Apa pun, semoga Naszeli sekeluarga berbahagia selalu dan sentiasa di bawah lindungan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Naszeli Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..