” Aik bila Kak Engku pregnant ? ” – Nabila Huda
Kongsi Gambar Seorang Bayi, Kapsyen Raja Azura Buat Peminat Tertanya-Tanya. Eh Kak Engku Ada Baby Baru Ke Tu, Siap Tulis 14 Tahun Penantian Lagi !!
Mesra dengan panggilan Kak Engku, siapa tidak kenal sosok tubuh pelakon popular era 90-an, Raja Azura. Turut dikenali sebagai penyampai radio dan pengacara, Raja Azura seorang yang ceria dan sering tampil menawan walaupun sudah 40-an usianya.
Meninjau akaun Instagram Raja Azura, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi. Menurut Raja Azura, bayi tersebut dinamakan sebagai Raja Saaid Shariffudin Bin Raja Shahrul Ezam.
Dilahirkan pada 2 Syawal yang lepas, bayi ini diletakkan di atas bantal yang serba kuning. Turut kelihatan dalam gambar ini kepala bayi yang sudah berlumur putih. Melihat kepada barangan lain yang disediakan, seperti majlis tahnik bayi.
Raja Azura turut memberitahu anugerah dari Allah ini hasil kesabaran setelah 14 tahun penantian. Meninjau ruangan komen, ramai peminat yang terkej0t dan menyangka bayi ini anak Raja Azura. Namun sebenarnya si kecil ini anak kepada adik bongsu Raja Azura sendiri.
Jom baca perkongsian di bawah :
Memang suspend membaca kapsyen Raja Azura ini kerana ramai yang maklum anak-anak Raja Azura semua sudah dewasa. Antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah tahniah Kak Engku berkat kesabaran. tapi anak siapa ni kak engku, nak tahu juga. Tu dia, bantal tilam orghang dolu2 djaga elok tu.. “
” Allhamdulillah, terkej0t gak ingat kak engku yang dapat baby baru hehe. Tahniah semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Wow set bantal bersulam tu lagend.. “
” Fuh ingat anak kak engku tadi nasib rajin scroll hehe. Alhamdulillah. tahniah semoga menjadi anak yg soleh di dunia dan akhirat. Semoga ada rezeki juga buat saya yang ke 11 tahun ni.. “
” Congrats Kak Engku, comelnya anak sedara kak Engku. Alhamdulillah syukur selama 14 tahun menanti zuriat. Tahniah buat adik akak.. “
” Salaam Kerabat dan selamat datang ke keluarga kerabat besar. Tahniah Kanda sekeluarga. Syukur alhamdulillah. Allah mendgr doa umatnya, Happy parenting.. “
” Masya Allah comelnya. nasib baca komen duk ingat anak kak engku dah tadi. Alhamdulillah tahniah kak engku dan family. Comeii ank kak zuha dn abg shahrul.. tahniah KE dpt ank buah.. “
” MashaaAllah tahniah pada adik dear. Dan tahniah dapat anak buah baru. Bertambah lagilah keturunan sultan Melaka.. “
Respon Raja Azura di ruangan komen yang memberitahu itu adalah anak kepada adik bongsunya :
Alhamdulillah, tahniah untuk adik Raja Azura dan pasangannya atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Penantian berbelas tahun akh1rnya mendapat hasil. Semoga Raja Saaid Shariffudin membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG YM Raja Azura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..