” Wah, anak pun dah besar. Happy birthday.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sambutan Hari Lahir Anak Lelaki Ahmad Idham, Ahmad Aydeel Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Ada Anak Teruna Rupanya. Muka Iras Daddy Sangat, C0py Paste !!

Pelakon, pengarah dan penerbit televisyen dan filem iaitu Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri sememangnya amat dikenali dalam industri seni Malaysia. Meninjau ke akaun Instagram, beberapa gambar ketika sambutan hari lahir anak lelakinya telah dikongsikan.

Ahmad Aydeel merupakan anak kedua Idham bersama pasangannya, Amy Aziz. Aydeel baru sahaja mencecah usia 17 tahun pada tahun ini. Sambutan hari lahirnya diadakan pada 28 Mac yang lalu.

Mengenakan tema pakaian berwarna putih, sambutan hari lahir Aydeel diadakan secara bersederhana sahaja bersama kaum keluarga. Kek hari lahir Aydeel juga menarik kerana berbentuk sebuah kereta.

Turut serta tiga lagi cahaya mata mereka iaitu Ahmad Firdaus, Kintan Myra dan Ahmad Khaliff. Wajah Aydeel seiras bapanya dan memiliki air muka semanis ibunya. Idham turut menulis kapsyen ucapan hari lahir kepada anaknya itu di p0sting tersebut.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Kebanyakan netizen memberikan ucapan hari lahir kepada Aydeel. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Happy 17th birthday to your boy.. Sama umur dengan saya tahun ni 17 tahun.. cake myvi king ke tu, myvi king cake for a king .. “

” Wah anak pon dah besar HB jugak dari saya.. tiba2 rasa tua lagi sekali.. Happy birthday May Allah bless you always.. “

Untuk rekod, Idham memiliki seorang anak istimewa iaitu anak sulung mereka yang bernama Ahmad Firdaus. Pasangan ini membuka sekolah khas iaitu Eden Firdaus Special Need Centre untuk anak-anak istimewa seperti Firdaus.

Rasanya masih belum terlambat untuk kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Ahmad Aydeel yang ke 17 tahun. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang membanggakan ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Idham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..