” Pandainya Zayne, anak yang soleh ni.. ” – Netizen

Video Anak Mat Dan, Zayne Tyler Membaca Surah Al-Fatihah Dengan Lancar Di Usia 3 Tahun Buat Ramai Yang Kagum. Wah Pandainya Zayne, Comel Je Suara Tu !!

Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Ini bermaksud mendidik anak-anak perlu dilakukan sejak dari kecil lagi. Kanak-kanak yang masih kecil boleh mengingati banyak perkara yang dipelajarinya.

Meninjau ke akaun Instagram Mat Dan, satu video Mat Dan bersama anak sulungnya, Zayne telah dikongsikan. Video yang berdurasi 45 saat ini memaparkan Zayne membaca surah Al-Fatihah. Zayne boleh membaca dengan begitu lancar.

Video ini telah meraih perhatian ramai orang kerana usia Zayne baru sahaja mencecah 3 tahun dan boleh menghafaz surah al-Fatihah dengan baik sekali. Malah Mat Dan juga tidak menyangka dengan kepandaian Zayne.

Menurut Mat Dan, Zayne banyak mempelajari bacaan surah di tadikanya. Namun didikan ibu bapa juga banyak membantu anak-anak dalam mempelajari sesuatu perkara. Comel sangat Zayne membaca surah Al-Fatihah sambil menadah tangan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini meraih pujian ramai orang dan mendoakan semoga Zayne menjadi anak yang soleh. Antara komen-komen yang diberikan :

” Pandainya dia.. cerdik budak ni.. Subhanallah…. tahniah zayne. Hasil didikan ibu & ayah yg baik juga… In Shaa Allah.. “

” Tahniah zayne.. 3 thun dh pandai baca al fatihah.. bijaknya budak bertuah ni.. Masyaallah tabarakallah… bagusnya ibu dan ayah didik anak.. “

” Comeynyer Zayne baca Alfatihah.. Pandainya.. anak yg soleh ni.. moga Allah kurniakan Zayn hati yang terang, diberikan kefahaman & sentiasa menyenangkan hati mak & ayah.. “

” Alhamdulillah… pandainye Zayne yerr… tahniah zayne.. Tahniah daddy and mommy dia.. Allahuakhbar.. pandainya Zayne bce Al-Fatihah.. “

Masha Allah.. pandainyer.. tak pelat plak tuh.. Dah lah comeyyy.. pandai pulak tu.. untungnya mat_dan1 dan Isteri.. “

” MashaaAllah. Alhamdulillah.. zayne anak soleh.. ini yg dikatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.. “

Tahniah Zayne kerana berjaya membaca surah Al-Fatihah dengan begitu lancar sekali tanpa dibantu oleh sesiapa. Semoga Zayne menjadi anak yang soleh dan sentiasa terang hati dalam mendalami ilmu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..