” Comel baby bump you Dayana.. ” – Netizen
Dayana Roza Kongsi Gambar Bersama Suaminya, A’dale Adham Ayahudin Sempena 1 Syawal. Wah H0t Mommy To Be Ini, Comel Baby Bump !!
Pastinya Syawal kali ini membawa kegembiraan kepada pelakon Dayana Roza kerana ini merupakan kali pertama Dayana menyambut hari raya aidilfitri bersama dengan suaminya, A’dale Adham Ayahudin. Untuk makluman, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumahtangga pada bulan Disember tahun lalu.
Menerusi laman Instagram milik Dayana, telah dikongsikan beberapa keping gambar hari raya bersama suaminya. Dayana mengenakan kaftan labuh berwarna emerald green yang ber’lace’ pada lengannya, manakala suaminya pula mengenakan baju Melayu berwarna pucuk pisang.
Dayana yang sedang hamil anak sulung nampak lebih berseri dan segar wajahnya walaupun hanya mengenakan solekan yang nipis. Baby bump Dayana juga sudah kelihatan menandakan baby kian membesar di dalam perutnya.
Peminatnya turut memuji Dayana yang nampak comel dengan baby bumpnya. Menerusi kapsyen tulisannya, Dayana mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin serta menyusun jari memohon maaf sekiranya ada membuatkan sesiapa yang tergur1s hati dengannya.
Ikuti perkongsian di bawah :
Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan selamat hari raya kepada Dayana dan suami. Antara komen-komen peminat:
“ Selamat hari raya team daun pishang.. “ – Zulin Aziz
“ Selamat hari raya mak buyung.. ” – Elvina Mohamad
“ Selamat hari raya geng.. ” – Tiz Zaqyah
“ Selamat hari raya mommy daddy.. Gegirl sangat ibu mengandung ni.. comey baby bump u Dayana.. ”
“ Sama green.. Selamat Hari Raya h0t mummy to be dayanaroza & family, maaf zahir batin.. ”
Memang nampak berseri ibu mengandung ini, auranya lain daripada yang lain membuatkan sesiapa yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada. Dayana tetap tampil menawan setiap kali memuatnaik gambar di laman Instagramnya.
Didoakan agar proses kehamilan Dayana berjalan dengan lancar sehingga ke hari melahirkan nanti. Pastinya next raya, dapat beraya bertiga pulak. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dayana Roza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..