” Unik baju raya Pak Nil, bolehlah terbang ke sana ke sini.. ” – Netizen

Baju Raya Datuk Aznil Haji Nawawi Raih Perhatian Peminat. Wah Memang Rare Sangat Design Baju Pak Nil, Melet0p Habis. Dah Boleh ‘Terbang’ Ni Pak Nil, Hehe !!

Bila tiba hari raya, pelbagai gaya dan fesyen pakaian diperagakan. Bagi wanita terdapat pelbagai fesyen yang boleh digayakan, namun bagi lelaki pula kebiasaannya adalah baju melayu. Namun berbeza bagi Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Pak Nil telah menggayakan baju melayu yang fesyennya amat berbeza dengan baju melayu biasa. Baju melayu Pak Nil memiliki seolah-olah seperti sayap di belakangnya. Seperti yang selalu kita nampak seperti gaya ‘ super hero ‘.

Pak Nil telah berkongsi beberapa gambarnya menggayakan baju melayu tersebut di akaun Instagram miliknya. Baju melayu berwarna kelabu itu telah menarik perhatian para pengikut Instagramnya. Ada yang memuji baju tersebut nampak cantik.

Pak Nil turut menyarung selempang yang diterimanya iaitu Anugerah dari KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Seperti selalu, samping Pak Nil pastinya sedondon dengan baju melayunya yang merupakan inspirasi daripada baju melayu Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini turut menerima ucapan selamat hari raya daripada para peminat. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Wow, Baju raya master jedi ni. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Paknil. Love you so much. Be safe and we’ll catch up soon.. “

” Unik baju raya pak nil.. Selamat Hari Raya uncle, Always looking great.  Maaf Zahir and Batin Love you uncle Take care.. “

” Wah, Pak Nil ada sayap suparman la.. bole la terbang kesana kesini.. SHR Pak Nil.. Moga diberi kesihatan yg berterusan, dilimpahkan rezeki & Disayangi semua di Dunia & Akhirat.. “

” Kacak dah paknil …. Selamat Hari Raya. pak nil ne, sntiasa nmpk muda laa.. Smart rambut pak nil.. pak Nil u looked great wif d honour.. kelass pak nil.. “

Selamat hari raya paknil maaf zahir dan batin. Semoga semuanya baik2 di sana.. cantik dan rare baju raya pak nil.. “

” Ya allah.. cantik nya baju raya paknil.. Awat nampak lagi mudaaa ni PakNil? Salam Aidilfitri.. rambut raya pak nil sama dgn saya.. “

” Slmat hari raya pak nil aznilnawawihm yg hndsome tak di telan usia. Sntiasa nmpak muda. semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. “

Walaupun baju melayu tersebut nampak unik namun ia nampak bersesuaian apabila digayakan oleh Pak Nil. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada Datuk Aznil Haji Nawawi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Nil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..