” Cantik macam dulu Eja, tak berubah.. ” – Netizen

Gambar Terkini Siti Shahrizah Bersama Keluarga Di Pagi Lebaran Raih Perhatian Peminat. Wah Eja, Tak Banyak Berubah Wajahnya. Tetap Cantik Dan Manis Macam Dulu !!

Sudah lama pelakon berwajah lembut, Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja menghilang dari dunia seni hiburan. Pelakon yang juga digelar gadis Roda Impian suatu ketika dahulu ini kini bahagia bersama keluarga kecilnya.

Sebagaimana selebriti lain, Eja juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari raya. Meninjau akaun Instagram Eja, telah dikongsikan beberapa keping gambar Eja bersama suami dan anaknya yang lengkap berpakaian raya.

Eja yang memakai jubah berwarna hitam ini nampak cantik tanpa sebarang solekan tebal. Anak perempuannya, Nur Eishal juga sudah nampak sama besar dengan Eja. Di usia Eja yang sudah di penghujung 40-an, kecantikannya masih sama seperti dulu.

Mengucapkan salam Syawal 1442 Hijrah di kapsyennya, Eja turut memohon kemaafan zahir dan batin daripada mereka sekeluarga. Gambar pertama memperlihatkan wajah Eja sekeluarga, manakala gambar kedua hanya Eja bersama suami.

Jom baca perkongsian di bawah :

Posting Eja ini mendapat perhatian daripada rakan selebriti dan peminat. Ramai yang rindu pada wajah Eja dan antara komen-komen mereka :

” Selamat hari raya kak eja sayang. lama tak nampak Eja berlakon. Rindu sangat pada Kak Eja. Tetap cantik dan ayu je.. “

” Rindu akak sangat-sangat. Minna Wa Minkum Tawabbal Ya Kareem, Eid Mubarak pada akak Eja sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.. ” – Lisa Surihani

” Selamat hari raya Aidilfitri buat kak eja sekeluarga. Subhana Allah, keluarga yang patut dicontohi.. “

” Ya Allah rindu kak Eja sebab minat sangat. masih cantik sama macam dulu kak Eja sekarang. Selamat hari raya kak.. “

” Selamat hari raya Eja. Rindu your acting, Eja masih cantik tak dimam4h usia. Tak makeup pun cantik semulajadi.. “

” Subhana Allah cantiknya kak eja. Saya minat sangat dengan akak dari dulu lagi. selamat hari raya kak eja.. “

” Salam raya Eja, lamanya tak nampak dekat media or drama. Cantik macam dulu Eja, tak berubah. Beautiful family, salam Aidilfitri.. “

Antara gambar lain yang dikongsikan oleh Eja :

Memang nampak manis sahaja Eja dan tidak banyak berbeza dengan wajah ketika muda dahulu. Terubat juga kerinduan peminat dapat melihat wajah terkini Eja ini. Selamat hari raya untuk Eja sekeluarga dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eja78

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..