” Happy birthday to your wife and anniversary to you both.. ” – Netizen

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 10 Tahun, Zed Zaidi Kongsi Gambar Bersama Keluarga. Cantik Dan Manis Isterinya Bersama Tiga Cahaya Mata Mereka !!

Rozaidi Bin Abd JamilĀ atau lebih dikenali sebagaiĀ Zed Zaidi merupakan seorang pelakon namun kini Zed lebih aktif dalam mengendalikan Persatuan Seniman di mana Zed bertindak sebagai seorang Presiden.

Meninjau ke akaun Instagram, Zed telah memuatnaik beberapa p0sting sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke 10 tahun bersama Natalia Dato’ Mustafa. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata di mana dua daripadanya merupakan pasangan kembar.

Zed telah memuatnaik gambar keluarganya dengan mengadakan sambutan secara kecil-kecilan. Ulangtahun perkahwinan mereka turut disambut sekali bersama hari lahir Natalia dan hari ibu pada tempoh hari.

Selain itu, Zed turut memuatnaik satu p0sting ucapan khas buat isterinya. Zed memberi ucapan hari lahir kepada Natalia dan mendoakan yang baik-baik buat isteri tercinta. Zed turut meluahkan rasa sayang dan cinta terhadap isterinya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Lagi perkongsian mengenai ulangtahun perkahwinannya :

Perkongsian ini turut menerima ucapan ulangtahun perkahwinan mereka daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan :

Ko buat la ketupat aku dtg umah kau ghaye ni … Aku tak bole balik sepanyol lagi ni .. Happy bday to ur wife and anniversary to u both suf n wifey.. “

” Happy anniversary smoga bahagia sentiasa .. Happy birthday Nelly semoga hidup dirahmati Allah bahgia sampai ke jannah aamiin.. “

” Selamat ulang tahun moga sentiasa ceria bahagia dan murah rezeki. Happy birthday nellynatalya semoga u both berkekalan ke jannah.. “

” Wahhhhhh sama tarikh juga.. Lepas ni boleh celebrate sekali boh.. Happy anniversary and birthday.. “

Walaupun sambutan yang ringkas sahaja oleh kerana masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandem1k C0v1d-19, apa yang penting hari yang amat bermakna ini sentiasa diingati pada setiap tahun.

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan dan selamat hari lahir buat isteri Zed. Semoga hubungan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat. Semoga berbahagia selalu hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zed Zaidi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..