” Comel Keisha, lagi-lagi masa dia menyanyi tu.. ” – Netizen

Sempena Hari Lahir Anak Nabila Huda, Keisha Laila Yang Ke 11 Tahun, Suami Nabila Huda Kongsi Ucapan Serta Video Thr0wback Ketika Keisha Masih Kecil. Alahai Comelnya Keisha, Ucapan Dan Doa Abi Turut Buat Netizen Tersentuh !!

Bagi yang mengikuti pelakon Nabila Huda di laman media sosial pasti tahu, keakraban anak perempuannya, Keisha Laila bersama ayah tir1nya, iaitu Mohd Izwan Johar sangat lah rapat seperti ayah kandung sendiri.

Malah ada sahaja perkongsian video mengenai Keisha dan Mohd Izwan ini buat ramai yang tersenyum. Manakan tidak Keisha dilihat begitu manja dengan Izwan dan kehidupan keluarga kecil ini juga dilihat saling melengkapi.

Terbaru menerusi akaun Instagram, Izwan telah berkongsi satu video dan ucapan khas sempena hari lahir Keisha. Perkongsian oleh Izwan itu sekali lagi turut mendapat perhatian netizen di laman media sosial.

Membaca ucapan Izwan buat Keisha itu jelas menggambarkan kasih sayang suami Nabila Huda terhadap anak t1rinya itu seperti anak kandungnya sendiri dan Keisha juga ditatang bagaikan minyak yang penuh.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Keisha dan sayu membaca ucapan Izwan kepada anak tir1nya itu. Antara komen-komen netizen adalah :

” So sweet lah bapak dan anak ni, semoga kalian sentiasa bahagia bersama dan selamat hari lahir Keisha.. “

” Selamat hari lahir tuan puteri Keisha, didoakan semoga menjadi anak yang baik buat mummy dan abi.. “

” Happy Birthday Keisha, alololo so sweet lah ucapan Abi kat Keisha tu, jadi anak yang baik ya.. “

” Suka tengok anak Abil dengan husbnd Abil, memang tak nampak pun mcm anak tir1 dan bapa t1ri pun.. “

” Kasih sayang seorang abi, walaupun bukan dari d4rah dagingnya. Semoga Keisha akan jadi ank yg baik dan selamat hari lahir.. “

” She sooo sweet ┬álove the way Keisha said ‘happy birthday uncle bird’ , comel Keisha lagi-lagi time dia nyanyi tu.. “

” Slmt ulang tahun Keisha, smoga sentiasa d bawah lindunganNya, kejap je, dah besar dah pun.. “

Sweet betul ucapan abi buat Keisha tu, beruntung Keisha ada seorang bapa yang sangat sayangkannya. Apa-apa pun, selamat hari lahir Keisha, semoga Keisha menjadi anak yang solehah buat mummy dan abi.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Kidweebee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..