” Cantik sangat kak Min dan kak Didie Alias, Finalis Dewi Remaja 90,91.. ” – Netizen
Jasmin Hamid Thr0wback Gambar Bersama Pelakon Didie Alias. Cantiknya Keduanya Masa Muda Belia, Kini Pun Tetap Cantik !!
Jasmiah binti Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid merupakan pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama sejak era 1990an lagi. Jasmin masih lagi aktif berlakon dalam drama dan yang terbaru Jasmin berlakon sebagai Mak Ngah Gayah dalam drama Cukup Der1ta itu.
Meninjau ke laman Instagram milik Jasmin, telah dikongsikan sekeping gambar Jasmin bersama pelakon Didie Alias. Gambar tersebut di ambil dari Laman Instagram Arkid Media Mulia. Arkid Media Mulia merupakan pusat simpanan koleksi bahan-bahan arkib akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo bermula tahun 1964 hingga kini.
Jasmin dan Didie dilihat mengenakan tudung rambu ramba dan pakaian seperti tema ala-ala arab. Menerusi kapsyen tulisan Jasmin, Jasmin mengatakan gambar tersebut merupakan gambar mereka ketika muda. Memang nampak muda belia muka kedua-dua artis ini seperti dalam usia belasan tahun.
Mengikut pengikutnya, gambar tersebut adalah ketika zaman filem B0ss arahan Z Lokman yang dibintangi oleh Jasmin, Didie, Raja Ema dan arw4h OS. Wajah Jasmin dan Didie dilihat langsung tidak berubah walaupun telah dim4mah usia. Jasmin tetap kekal cantik dan elegan sehingga sekarang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata pengikutnya memuji kecantikan kedua-duanya yang tetap cantik daripada dulu sehingga sekarang. Antara komen-komen pengikutnya:
” Wow… Luar biasa…sucinye ko kak.. Cute nye dua2.. Cantik segak kedua duanya.. Sangat hebat.. Sampai skrg sis jasmin cantik lagi.. “
” Muda.. Muda remaja.. Artis paling cantik dulu.. Manis suci je muka.. Ni umur belasan tahun ke?.. Dulu kini tetap cantik… sk tgok cita dorg ni.. “
” Hebat fesyen masa ni.. Dr dulu smpi skang dua² muka sama… Mcm tak tua jer… Mami umur brape masa ni.. comel nya dedua.. zaman ni.. filem b0ss kan.. “
” handalan.. Memang hebat.. I like dua2.. Dua2 seniwati ni mmg luar biasa dari zaman dulu hingga kini…happy mothersday kak jasmin.. “
” Wow… Tk prnah tgk gmbor ni.. Cute lg ni.. Mak ngah.. N mak yek.. Kiri macam h1ndustan kanan macam c1na… Kalau dulu2 ni dah kira cun sgt ni..”
” Ya 4mpun benar2 mengimbau nie hahhhaha… nie mesti foto untuk raya haji hahaha.. tema ala2 pak arab.. group2 nasyid sekolah dulu macam nie lah.. “
“Ni zaman filem B0ss ke kak.. Lagi sorang tinggal kak iaitu kak raja Ema teringat filem boss.. cantik sgt2 kak min dgn kak Didie Alias finalis dewi remaja 90.91.. “
Memang cantik Jasmin sejak daripada zaman muda lagi. Boleh dikatakan Jasmin memang nampak awet muda dan pandai menjaga penampilan untuk nampak elegan dan kena dengan usianya. Semoga Jasmin sentiasa sukses dalam apa jua yang diceburi olehnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jasmin Hamid, IG Media Mulia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..