” Cantik dan manis isteri Dato’ berhijab.. ” – Netizen

Penampilan Isteri Dato’ Seri Eizlan Yusof, Datin Seri Natasha Rosa Boudville Berhijab Raih Perhatian Peminat. Nampak Cantik Dan Manis, Baby Zaelynn Rosa Pun Comel Sangat !!

Umum mengetahui bahawa Dato’ Seri Eizlan Yusof baru sahaja dikurniakan cahaya mata keempat melalui perkahwinannya buat kali yang kedua bersama Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang merupakan wanita berketurunan Serani.

Meninjau ke akaun Instagram, Eizlan ada memuatnaik potret keluarganya bersama bayi mereka yang diberi gelaran nama Baby ZR atau nama sebenranya Zaelynn Rosa. Dengan kapsyen ‘ selamat berbuka puasa dari kami ‘, penampilan isteri Eizlan nampak berbeza dari selalu.

Ini kerana Natasha mengenakan hijab dan memakai jubah yang berwarna hitam. Perkongsian ini telah menerima pujian daripada peminat kerana Natasha nampak cantik dan manis apabila mengenakan hijab.

Perkongsian ini telah mendapat lebih dari 8 ribu likes dan 47 komen sehingga masa ini. Ada yang mendoakan semoga Natasha terus memakai hijab. Tidak kurang juga ada yang memuji si comel Baby ZR yang berada di pangkuan Natasha.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Kebanyakan netizen turut membalas ucapan selamat berbuka puasa kepada Eizlan dan isteri. Antara komen-komen yang diberikan :

” Selamat Berbuka Puasa juga Dato dan Datin sekeluarga, alhamdulillah.. Cantik.. she g0rge0us cantik nya ayang awak . alhamdulillah.. “

” Selamat berbuka DS n family.. Bertambah Berseri2 dgn kehadiran baby yg so cute n adorable mcm parents nya.. “

” Tahniah Datuk & Datin… baby cumil.. Muka wife eizlanyusof nk iras aydajebat .. Baby ZR apa na penuh.. Manisnya Datin Seri sashaboudville berhijab.. “

” Selamat Berbuka Bang eizlanyusof and Sis sashaboudville .. Manisnya Datin pakai tudung.. Selamat berbuka puasa uncle.. “

” Happy tenguk this beautiful family… Sentiase smiling Masya Allah.. Klo ayang awak tu kekal pakai tudung cantik nmpknya…. comeynya baby.. “

” Selamat berbuka Datuk & Datin.. comel baby ZR.. MasyaAllah cantik dan manis istri Dato berhijab.. “

” MasyaAllah Tabarakallah.. selamat berbuka puasa dato dan datin.. cantik datin pakai tudung.. manis sangat.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat berpuasa kepada Eizlan sekeluarga yang masih berbaki beberapa hari lagi. Semoga lebaran tahun ini disambut dengan penuh makna dengan kehadiran Babr ZR.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..