” Tengok, cantik dan kemas je mummy daddy cuk0rkan.. ” – Netizen
Video Tasha Shilla Dan Suami Sama-Sama Mencuk0r Rambut Anak Mereka, Raees Zander Dapat Pujian Daripada Netizen. Nampak Tak Kek0k Masing-Masing Walaupun Baru Anak Yang Pertama. Comel Je Raees Lent0k !!
Tanggal 24 April lalu, pelakon Tasha Shilla telah selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tasha di akaun Instagram miliknya.
Malah, selepas seminggu bersalin, Tasha turut berkongsi nama dan gambar anaknya itu buat tontonan peminat-peminatnya di laman media sosial. Tasha dan suaminya telah memilih nama Raees Zander untuk anak lelaki mereka.
Meninjau di akaun Instagram milik suami Tasha, Atiq telah berkongsi video yang merakamkan Atiq sedang mencuk0r rambut anaknya. Malah Tasha juga turut membantu dengan memegang Raees bagi memudahkan kerja suaminya.
Meskipun ia adalah pengalaman pertama buat pasangan ini, kelihatan masing-masing tidak kekok dalam sama-sama membantu mencuk0r rambut anak mereka yang masih kecil itu dan perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata pujian kepada pasangan ini dan turut mendoakan kesejahteraan buat baby Raees. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bagusnya buat kecik2 je. Walaupun anak sulung msti nak buat grand, lbih pentingkan keselamatan bayi dan family.. “
” Tgok cantik kemas je mummy daddy cukurkan, alhamdulillah, semoga baby Raees menjadi anak yang soleh.. “
” Nampak Tasha dan husbnd steady je masing-masing sama-sama tolong cuk0r rambut anak, tak kekok langsung.. “
” Bagus bapak cuk0r sendiri rambut baby, mommy tlg pegang. Semoga baby menjadi ank yg soleh dan beradab tinggi.. “
” Alhamdulillah, comel baby Raees, memang ikut muka mummy lah hensem boy ni, semoga jadi anak yang soleh, amin.. “
” Suka tengok pasangan ni, memang low profile je, tak pun nak meriah-meriah buat majlis bercukur, terbaik.. “
” Terbaik, daddy yang cukurkan sendiri tu. Cara gunting dan cuk0r pun nampk tak gugup pun.. “
Alahai comel tengok baby Raees ni cuk0r rambut, tak menag1s pun. Memang anak yang baik ni. Apa-apa pun memang terbaik lah Tasha dan Atiq, sama-sama bantu cuk0r rambut anak. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh buat kalian, amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Atiq Idris, Tasha Shilla
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..