” Tudia cantiknya kak, sampai tak kenal dah.. ” – Netizen

Gambar Maria Tunku Sabri Selepas Disolek Oleh Seorang Makeup Artist Raih Pujian Ramai. Wah Dah Macam Pengantin Lah, Cantik Sangat. Lain Muka !!

Siapa tidak kenal akan nama Maria Tunku Sabri, yang dahulunya terkenal dalam bidang pengacaraan di stesen TV3. Kepetahannya bercakap menerusi rancangan ‘ Jalan-Jalan Cari Makan’  diminati ramai.

Malah, apa sahaja perkongsian oleh Maria menerusi akaun Instagramnya sering mencur1 perhatian ramai. Lebih-lebih lagi perkongsian resepi dan masakan yang dimasaknya sendiri buat ramai yang menelan air liur melihatnya.

Kali ini, Maria telah berkongsi beberapa gambarnya yang memaparkan dirinya berpakaian songket berwarna merah. Paling menarik, kali ini wajah Maria telah menjadi perhatian dek yang memandang kerana wajahnya disolek bagaikan seorang puteri.

Pada posting itu juga, Maria sempat mengucapkan terima kasih kepada MUA yang telah memberikan sentuhan menarik pada wajahnya yang tampil cantik. Perkongsian gambar itu telah mendapat ratusan komen daripada netizen.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya memuji akan wajah Maria yang tampil cantik setelah di makeup. Antara komen-komen netizen adalah :

” Cantiknya kak Maria, nampak lain terus muka tu, berseri-seri lah, mana penganti lelaki, hehe.. “

” Tudia cantiknya kak, sampai tak kenal dah, memang nampak lain sungguh ni, makeup yang cantik.. “

” Muka jadi orang lain terus kak Maria, hehe nampak muda 10 tahun ni, amboi lawa lah tengok.. “

” Mercik terus, amboi sakan sungguh bersiap dah mcm pengantin nk naik pelamin lah.. “

” Muka jarang solek tebal, sekali solek tebal jadi lain terus muka, memang cantik betul kali ni.. “

” Kelas kau Mari, memang kali ni nampak lain, cantik mua ni makeup, nampak asli sangat sentuhan tu.. “

” Nampak anggun, sekali pandang dah macam muka pelakon Nad Zainal la pula, hehe nampk muda terus.. “

Woww memang nampak lain. Cantik betul hasil solekan wajah Maria, patut ramai yang puji. Apa-apa pun, semoga Maria Tunku Sabri sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya dan semoga sihat selalu.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Maria Tunku Sabri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..