” Melting sangat ini, sama macam kakak-kakak dan abang dia.. “ – Netizen

Datuk Seri Eizlan Yusof Kongsi Gambar Terbaru Anaknya, Baby ZR.  Alolo Comelnya Baby ZR, Macam Mummy Dan Daddynya !!

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof baru sahaja menimang bayi perempuan yang digelar sebagai baby ZR pada 13 April 2021. Bayi ZR merupakan anak pertama daripada perkahwinannya yang kedua bersama dengan Datin Seri Natasha Rosa Boudville dan merupakan anak keempat bagi Eizlan.

Menerusi instagram miliknya, Eizlan telah berkongsi gambar terbaru anaknya, Baby ZR. Baby ZR yang mengenakan romper berwarna kuning air beserta sarung tangan bercorak kelihatan selesa berbaring di atas lengan Eizlan. Eizlan kelihatan tersenyum memandang ke arah anaknya itu.

Baby ZR turut memandang ke arah kamera apabila gambarnya diambil. Walaupun baru dua minggu dilahirkan, baby ZR nampak begitu bersemangat sekali. Pelbagai reaksi diberikan peminatnya apabila melihat gambar baby ZR. Wajahnya yang comel membuatkan para peminat berasa ger4m melihat dirinya.

Dapat dilihat bagaimana kasihnya seorang bapa menyayangi anaknya. Terserlah kasih sayang yang begitu mendalam antara seorang ayah kepada anaknya. Menerusi kapsyen tulisan Eizlan, Eizlan turut mengucapkan selamat berbuka puasa kepada para peminatnya.

Baca perkongsian di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan bayi ZR serta mendoakan kesejahteraan buat keluarga Eizlan serta mengucapkan selamat berbuka puasa. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

“ Masya Allah baby dan daddy so sweet… May Allah bless brother eizlanyusof, wify and baby lots & lots of happiness, jannatul firdaus, berlimpah ruah rezeki, sehat selalu nah.. “

“ Steady bang.. Awww.. melting sgt ni.. comelnya.. ger4m laa.. Subhanallah.. semoga mnjadi anak yg soleh..”

“ Omeynya.. MasyaAllah baby.. Cute like mummy sashaboudville dan daddy eizlanyusof.. sama mcm kakak² dan abg dia.. “

“ Dah besar.. Alooo comel baby.. Mcm ayahnya.. Selamat Berbuka Puasa eizlanyusof.. Take care and stay safe always..“

“ Macam Lan Junior je ropee tu.. ” – Jasmin Hamid.

Walaupun Eizlan telah mempunyai anak hasil perkahwinan yang pertama, pastinya kehadiran bayi baru dalam keluarganya ini akan menceriakan dan mewarnakan kehidupan mereka sekeluarga serta menambah keterujaan anak-anaknya melayan ahli keluarga baru.

Kelahiran bayi ZR pastinya menyempurnakan kehidupan bagi Eizlan dan Isterinya. Tidak sabar untuk melihat baby ZR membesar. Semoga baby ZR membesar menjadi anak yang solehah, yang baik dan pintar serta mentaati kedua ibu bapanya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..