” Bagus cara Datin didik anak-anak, kongsi rezeki bersama.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Anak Lelaki Zizie Izette, Aaric Zayn Izette Yang Ke-4 Tahun Di Sebuah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Raih Pujian Ramai. Alhamdulillah, Didikan Yang Terbaik !!

Mungkin ramai yang tahu bahawa sebelum mempunyai anak, pelakon Zizie Zatte turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki yang dijaganya sejak usia mereka masih kecil lagi.

Terbaru, menerusi perkongsian Zizie di Instagram, telah berkongsi gambar dan video sekitar sambutan hari ulang tahun anak angkatnya iaitu Aaric Zayn Izette yang kini telah pun berusia empat tahun.

Perkongsian oleh Zizie tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian ramai kerana kali ini majlis sambutan hari lahir Aaric turut diraikan bersama oleh anak-anak yang kurang berkemampuan di sebuah pusat jagaan.

Malah sempena hari lahir Aaric juga, Zizie telah memberikan pelbagai juadah makanan untuk berbuka puasa kepada pusat jagaan tersebut untuk berkongsi rezeki bersama-sama mereka di sana.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji akan cara didikan Zizie  yang diterapkan kepada anak-anaknya untuk berkongsi rezeki kepada orang-orang yang kurang berkemampuan. Antara komen-komen netizen adalah :

” MasyaaAllah bagusnya Datin didik anak-anak, semoga semua anak-anak Datin berjaya jadi anak yang soleh dan solehah, aaamiin.. “

” Selamat hari lahir Aaric, semoga Aaric akan menjadi anak yang solehah buat mama Zizie dan menjadi seorang yang berjaya nanti.. “

 “Happy birthday Aaric. May Allah bless you, always be a good son to mom and dad okay. Stay humble and be good brother to all your siblings.. “

” Bagus Datin, dari kecil-kecil ni lah kita ajar mereka untuk berkongsi rezeki kepada yang memerlukan, besar pahala lagi-lagi dalam bulan ramadhan.. “

 ” Suka dengan Zizie ni, memang boleh nampk dia tak pernah bezakan langsung anak angkat dan anak kandung, semoga Aaric jadi anak yang soleh.. “

” Terbaik, tengok video cara Zizie explain kat anak-anak pun semp0i, semoga anak-anak ni menjadi saham akhir4t buat Zizie.. “

 ” Happy Birthday Aaric, alhamdulillah, bagus Aaric kongsi rezeki, semoga Aaric menjadi anak yang soleh dan buat mommy Zizie, you memang ibu yang terbaik.. “

” Seronok semua dapat duit raya makanan sedap-sedap, terima kash Datin kongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.. “

Sungguh bermakna sambutan hari lahir Aaric pada kali ini. Alhamdulillah didikan yang terbaik daripada Zizie untuk anak-anaknya dengan berkongsi rezeki bagi yang memerlukan. Selamat hari lahir Aaric, semoga menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..