” Lembutnya Mak Salmah bercakap, Ketawa pun sopan.. ” – Netizen

Video Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Ibunya, Siti Salmah Yang Mencuit Hati Ramai Peminat. Ala Sweetnya Mereka Berdua, Comel Dan Lucu Bila Mak Salmah Bercerita !!

Umum sedia maklum bahawa Siti Nursairah binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Sairah  merupakan adik kepada Siti Saida dan juga penyanyi tersohor iaitu Dato’ Siti Nurhaliza. Meninjau ke laman Instagram milik Sairah, telah dikongsikan petikan video di mana ibunya, Siti Salmah Bachik atau lebih mesra dipanggil Mak Salmah bersama dengan Dato’ Siti di dalam sebuah majlis.

Mak Salmah dilihat sedang bercerita mengenai Dato’ Siti apabila diminta oleh Dato’ Siti berbuat demikian. Gelagat Mak Salmah yang selamb4 dan lucu ketika bercerita mengenai Dato’ Siti dengan ekspresi wajah yang ditunjukkan membuatkan dewan tersebut bergema dengan gelak ketawa daripada para hadirin.

Dato’ Siti juga turut ketawa mendengar jawapan daripada ibunya. Ada peminat Dato’ Siti  turut bertanya adakah sus4h membesarkan Dato’ Siti. Jawapan daripada Mak Salmah adalah tidak dan setiap anak semua sama sahaja. Dato’ Siti menaikkan ibu jarinya ke atas tanda suka.

Kenangan sewaktu kecil pastinya melekat kuat di ingatan terutama di ingatan seorang ibu yang melahirkan anak-anaknya. Mengenang momen sewaktu kecil pastinya memberikan kebahagian yang tersendiri yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Jom tonton video di bawah :

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji Mak Salmah yang dikatakan seorang yang merendah diri walaupun anak-anaknya semua sudah berjaya dan dikenali ramai. Peminat turut mengatakan bahawa Dato’ Siti banyak mewarisi sikap dan kecantikan Mak Salmah.

” Suka sgt tgk mak Salmah.. Humble sgt orgnya.. Walau anak2 public figure berjaya n dikenali.. Pem4lu org nya.. Patut Dato Siti pun pem4lu dan lemah lembut.. ” 

” Lama tak nampak mak salmah.. Sekali tgok kt sni terasa rindu.. teringat zaman ctdk dlu2 suka tunjuk mak salmah.. Lembut je mak salmah bercakap.. ketawa pun penuh sopan… ” 

” Comel je mak tokti.. Cantik.. patut anak-anak semua cantik.. Ct mcm ibunya.. Best banget firstime ke kuala lipis tengok mak salmah memang humble beliau.. “

” Alaaa sweetnya ctdk & Mak Salmah.. Hujung2 suara Mak Salmah sbijik mcm ctdk.. Manjanya Dato CT dgn ibunya.. Sgt menghormati ibunya.. Besar nanti Siti Aafiyah mesti mcm ni.. ” 

” Haha comel je mak salmah bercerita.. Baru nk bukak rahsia.. nasib tokti sempat cover Hehehe.. Cu4k anak2 kalau mak bukak cerita ni hehehe.. suka tgok anak bran4k ni mesra dn pastinya cantik kdua2nya.. “

” Lucunye mk salmah ni kn.. Suka tgk mak salmah ni.. cantik.. sejuk je tgk mukanya.. soft & humble.. Ct ni ikut mak salmah yg lemah lembut.. happy tgk dia berkata2.. Seorang insan yg sgt baik.. ” 

” Mak salmah memang baik sgt ingt 2010 ms tu tgh praktikal nursing kat hospital kuala Lipis dtg umah mak salmah siap bagi msk umah lg tunjuk semua trofil2 ctdk dalam almari… ” 

Pastinya kenangan membesarkan Dato’ Siti sewaktu kecil merupakan momen yang indah yang pasti akan dikenang oleh Mak Salmah sepanjang hayat. Semoga Mak Salmah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usianya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nur Sairah Taruddin, IG Dato’ Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..