” Semangat tu, walaupun jat0h tetap bangun lagi.. ” – Netizen
Nadzmi Adhwa Kongsi Video Anaknya, Arwa Malaikha Urwa Yang Kini Baru Berusia 10 Bulan Sedang Belajar Berjalan. Comel Je Urwa, Tetap Bersemangat Walaupun Jat0h Berkali-Kali !!
Secantik nama diberi, Arwa Malaikha Urwa iaitu anak kepada pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana memang tak jemu dipandang. Riak mukanya yang sering mengukir senyuman membuatkan sesiapa sahaja melihat pasti merasa damai.
Jangan tak tahu, meskipun masih bayi, Urwa mempunyai akaun Instagram yang telah diwujudkan oleh kedua ibu bapanya. Urwa juga mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri yang sering mengikut perkembangannya sejak dilahirkan hingga kini.
Terbaru, Nadzmi telah berkongsi satu video yang memaparkan Urwa kini sudah mula pandai mengorak langkah untuk berjalan. Walaupun baru berusia 10 bulan, Arwa kelihatan cepat akan perkembangannya sebagai seorang bayi.
Menerusi video itu, Nadzmi memberikan semangat kepada Urwa untuk berjalan. Meskipun telah jat0h berkali-kali, kelihatan Urwa begitu bersemangat untuk berjalan selangkah demi selangkah menuju ke arah bapanya.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini
Meninjau di ruanga komen, ramai yang memuji akan semangat anak kecil ini yang berusaha untuk berjalan meskipun berkali-kali jat0h. Antara komen-komen netizen adalah :
” Urwa go Urwa, semangat, alah comel lah tengok dia dah boleh berjalan, senyum tu sebiji mcm ibunya.. “
” Semangat tu, walaupun jatuh, tetap bagun. Cepat betul dah boleh berjalan kan, baru 10 bulan.. “
” Comel lah tengok dia senyum, manis. Tak lama lagi, dah dapat kaki, penat lah baba nk meligan Urwa, hehe.. “
” Semangat betul ni, mcm Ardell lah Uwra ni, muka pun sbiji, hehe orang cakap anak perempuan ni kalau kental, dia akan jadi seorang yang berdikari nanti dah besar.. “
” Sama berani mcm umi dye, ssetengah budak gayat nk berdiri.. tp Urwa terbaek, da jatuh bangun lagi n lagi, ank umi btol.. “
” Cepatnya sayang, alah rasa macam cepat je dia membesar kan, tengok sekarang dah pandai berjalan dah.. “
” Good job baby Urwa, baba tlg lipat lah seluar baby Urwa tu, mahunya tak tersadung nanti, hehehe.. “
Amboi bersemangat betul Urwa belajar berjalan, mulut asyik nak bersembang sambil berjalan, comel betul tengok Urwa ni. Apa-apa pun, semoga Urwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah, amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Nadzmiadhwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..