” Wow padu betul rap Hannah Delisha.. ” – Netizen

Suami Hannah Delisha, Imam Shah Kongsi Video Hannah Menyanyikan Lagu Rentak Rap Tarik Perhatian Peminat. Wah Boleh Tahan Rap Hannah Ni, Suara Memang Padu Lah !!

Pelakon negara jiran Singapura, Hannah Delisha cukup dikenali di Malaysia. Bakat lakonannya sering dipuji peminat. Nama Hannah kembali menjadi sebutan apabila mengubah imejnya dengan berhijab sepenuhnya.

Terdahulu, peminat ada disajikan dengan nyanyian medley oleh Hannah dan beberapa orang rakan artis lain sempena AJL 35. Suara Hannah yang nyata lunak dan merdu itu membawakan semua lagu dengan baik mendapat perhatian ramai.

Meninjau akaun twitter Imam Shah, telah dikongsikan satu video pendek yang berdurasi 33 saat memaparkan aksi Hannah menyanyikan lagu berentak rap. Rakaman ini dilakukan oleh Imam Shah ketika mereka menunggu scene lakonan untuk drama baru mereka.

Walaupun rakamannya tidak lama, suara Hannah yang laju menyebut setiap baris ayat itu memang merdu didengar. Wah Hannah berlakon pandai, menyanyi pun hebat, memang artis versatile la Hannah. Imam pun sporting betul, sempat rakam lagi nyanyian isteri.

Jom tonton video di bawah :

Nyanyian Hannah ini mendapat perhatian peminat dan kata pujian diberikan kepada pelakon cantik ini. Antara komen-komen peminat :

” Boleh join dengan Sophia Liana dan Loca B. Mantap, proud of you Hannah anak Singapura. Cantik sedapnya suara Hannah.. “

” Ni masuk Anugerah Juara Lagu boleh di pertimbangkan ada bakat boleh jadi terbaik dan juwara.. “

” Sangat berbakat Hannah Delisha ni. Nyanyi lagu jenis apa pun sedap. too cute la korang ni.. “

” Aku seorang je ke yang ulang banyak kali. Serius lah Hannah boleh rap, memang sedap betul suara Hannah.. “

” Hannah can rap, wow. Suara pun lawa macam orangnya. Comel la Hannah.. “

” Wow padu you rap Hannah Delisha. That full rap awesome, my reaction be like wowww amazing Hannah.. “

Memang padu rap oleh Hannah ini, kalau sudah ada bakat, menyanyi lagu apa pun sedap didengari. Mungkin boleh kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas ini Hannah ye. Apa pun, semoga Hannah sentiasa berjaya dalam apa jua lapangan dan bahagia bersama suami tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Official Hlive, Hannah Delisha, Twitter Imam Shah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..