” Comel sangat, cantik namanya.. ” – Netizen

Genap Usia Anak Kedua 7 Hari, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Dan Nama Si Comel. Alahai Sedapnya Nama, Maksud Pun Indah. Comel Sangat Baby A, Anak Ibu Ni !!

Hari ini genap 7 hari usia anak kedua Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Menerusi akaun Instagram, Dato’ Seri Siti telah berkongsi beberapa gambar terbaru anaknya itu dan juga mended4hkan nama yang dipilih untuk cahaya matanya kali ini.

Muhammad Afwa merupakan nama pilihan Dato Seri Siti buat cahaya matanya ini. Nama ini membawa makna keampunan atau kemaafan. Menurut Dato Seri Siti, Afwa lahir pada bulan Ramadan dan dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut Afwa.

Kelahiran Afwa dalam kehidupan Dato Seri Siti dan suami, Dato Seri Khalid merupakan anugerah terindah buat mereka dan ia telah melengkapkan kehidupan rumahtangga mereka. Dato’ Seri Siti turut memanjat rasa syukur.

Perkongsian ini baru beberapa minit dimuatnaik namun sudah mencecah lebih 100 ribu tontonan sehingga kini. Ramai yang mendoakan perkara yang baik-baik buat Afwa. Pastinya ramai tidak sabar menanti setiap kali perkembangan terkini Afwa di media sosial selepas ini.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen memuji wajah comel Afwa dan nama yang diberikan Dato’ Seri Siti amat sesuai sekali. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alhamdulillah, Macam nama perempuan, Yang penting memberi makna yg bagus.  welcome to the world baby Afwa.. “

” Cutenyer, Little Angel .. Masyaallah tabarakallah, comel. Afwa anak ibuuu. Comelnyeee.. Semoga menjadi anak yang soleh sayang, Muhammad Afwa.. “

” Assalamualaikum Muhammad Afwa .. MasyaAllah Makiti.. handsome nya super cute.. Semoga menjadi anak yg soleh & sentiasa menjaga nama baik keluarga.. “

” Assalammualaikum Muhammad Afwa .. masyaallah sedap nama.. Nama pun comel anak soleh ni.. Semoga dlm lindungan Allah swt selalu. Aamiin .. “

” Alhamdulillah dapat menatap wajah Muhammad Afwa, semoga menjadi anak penyejuk mata ibu dan ayah.. Tok ti, kayak mak salmah wajahnya, comel, salam dari Indonesia tok ti.. “

” Alhamdulillah… Comelll sangat… Indah sangat ciptaan Allah… Semoga membesar dgn baik yaa sayanggg.. ger4m nya afwa.. “

” Alololo iras muka kakak die lahh.. ahamdulillah cantik nama .. Semoga membesar menjadi anak soleh.. comel sangat… “

Comelnya Afwa dan nampak semakin m0ntel. Semoga Muhammad Afwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Selamat berpantang juga kepada Dato’ Seri Siti, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat.


Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid, Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..