” Comel jer, sungguh-sungguh tangkap nyamuk.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Menjaga Adiknya Raih Perhatian Peminat. Wah, Siap Tak Bagi Nyamuk Nak G1git Adik Afwa Ye. Comel Sangat Cara Tamp4r Nyamuk Tu, Bersungguh Betul !!

Menerusi satu akaun Instagram, satu video terbaru Siti Aafiyah telah dikongsikan. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Aafiyah menjaga adiknya, Muhammad Afwa. Video tersebut dirakamkan dalam bilik tidur.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah bertanya kepada Aafiyah jika terdapat nyamuk berdekatan dengan adiknya. Afwa pada ketika itu sedang tidur di atas katil. Aafiyah pula menyatakan dia ternampak nyamuk di situ.

Lalu, Dato Seri Siti meminta Aafiyah untuk menangkap nyamuk tersebut. Aafiyah kemudian terus berlari sambil menamp4r-namp4r nyamuk. Gelagat Aafiyah itu telah menghiburkan ramai. Nampak bersungguh-sungguh Aafiyah memuk0l nyamuk.

Nampaknya Aafiyah amat menyayangi adiknya. Pada usia 3 tahun sudah boleh diharap untuk menjaga adik. Comel sangat kedua adik-beradik ini. Wah, betul-betul seorang kakak yang penyayang lah Aafiyah ni.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Aafiyah menjaga adiknya telah mendapat pujian daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sungguh² tangkap nyamuk, Aafiyah syg adik. Alhamdulillah Kakak yg baik.. Comel je afiyah tgkap nyamuk, good girl jaga adik ya.. “

” Ckp ngan anak pun suara sedap je. Lembut.. she so sweet.. amboi pandainya.. Semoga membesar dng sihat kedua2nya.. “

” Sayang Aafiyah kat adiknya.. seriusnya muka.. Comel btul kakak afiyaa ni. Pandai jaga adik dia.. Kakak terbaik di dunia.. “

Tahniah kakak Aafiah dapat Jaga adek.. Masya Alloh sayang adek.. beautiful soul , so sweet.. Afiyah jd stunt girl.. “

” Kakak yg baik untuk adik..semoga mmbesar sht kedua2nya dn jadi ank yg soleh dn solehah Aamiin.. dua2 comel.. “

” Bagusnya kakak aafiyah jaga adik. Boleh diharap sangat. Dato siti pun lembut je suara cakap dengan anak. Semoga jadi anak soleh solehah.. “

Semoga Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Nampaknya Aafiyah semakin matang sejak mempunyai adik dan sangat boleh diharap. Good girl Aafiyah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Officialsimplysiti_elit, Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..