” Alhamdulillah, banyak dah perubahan, comel dooh pakai macam ni.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Adik Neelofa, Ameera Khan Manis Berjubah Dan Berhijab Buat Ramai Yang Mendoakan Perubahannya. Cantik, Tengok Dari Tepi Macam Neelofa Lah. Doakan Yang Baik-Baik Buat Little Miss Khan !!
Ameera Khan, sudah pasti ramai yang mengenali tuan badan yang cantik ini. Menjadi adik kepada kakak yang bergelar selebriti, sedikit sebanyak turut menjadikan dirinya juga dikenali ramai lebih-lebih lagi di laman media sosial.
Mungkin ramai yang sudah perasan akan perubahan daripada Ameera Khan ini sejak dari majlis perkahwinan Neelofa kerana memakai turban pada majlis tersebut. Selepas pada itu, dilihat Ameera mula berkongsi gambar di akaun Instagramnya memakai tudung.
Semestinya perkongsian akan penampilan baharu Ameera itu mencur1 perhatian warganet di Instagram akan perubahannya itu. Terbaru, Ameera telah memuat naik gambar barunya di mana pada kali ni Ameera mengenakan jubah dan bertudung selendang.
Sekali lagi gambar Ameera ini menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi gayanya mengingatkan kepada ramai akan penampilan kakaknya, Neelofa sebelum berniqab. Cantik manis Ameera memakai pakaian seperti seakan wanita Arab.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan Ameera semoga terus istiqamah dalam menutup aurat dan ada yang memuji bahawa Ameera semakin cantik dengan mengenakan gaya pakaian seperti itu.
” Cantik lah sis, alhamdulillah, banyak dah perubahan tu, comel dooh lah pakai macam ni, semoga berterusan begini.. “
” Manisnya, cantik little miss pakai tudung, saya doakan semoga little miss akan terus menutup aurat seperti ini .. “
” Cantik pakai tudung mcm ni, insyaallah, perlahan-lahan ya, abaikan mulut orang lain, semoga penghijrahan ini akan terus ke hadapan.. “
” Pakai macam ni, sekali tengok teringat Neelofa awal-awal bertudung dlu, memang Neelofa 2.0 ni, huhu, manis.. “
” Syukur, tengok dah banyak perubahan pada Ameera, dah tak share gambar seks1-seks1 dah, dah mula belajar menutup aurat sekarang.. “
” Masha Allah Tabarakkallah, so pretty Ameera, semoga terus istiqamah dalam menutup aurat, mana tahun nanti akan jadi mcm kakak Lofa, hidayah itu milik Allah, insyaAllah.. “
” Lawanya kuda kt belakang tu, tapi lawa lagi gadis yang bertudung hadapan kuda tu, perubahan yang baik, tahniah.. ”
Bukan sahaja nampak cantik, malah sopan betul penampilan Ameera kali ini. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Ameera. Semoga apa yang dilakukan oleh Ameera ini akan berterusan dalam menjadi seorang muslimah yang sejati, aamin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Little Miss Khan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..