” Comel dia beritahu dia makan sikit je hehe.. ” – Netizen
Video Anak Istimewa Ainina Ahmad B, Nur Ara Elisha Bercerita Tentang Puasa. Comel Sangat Cara Elisha Yakinkan Mama Beritahu Puasa Tapi Makan Sikit Tu. Puasa Yang Yok Ni, Haha !!
Sudah agak lama pelakon Ainina Ahmad B tidak berkongsikan cerita tentang anak istimewanya, Nur Ara Elisha. Bagi yang belum mengetahui, Elisha merupakan pesak1t Prad4r W1lly Sindr0me dan mengalami kesuk4ran untuk merasa kenyang dan selalu ingin makan.
Sebelum ini, Ainina ada berkongsikan video Elisha menyanyikan lagu selamat ulangtahun untuk daddynya, Rahmad Mega. Walaupun percakapannya tidak sejelas orang biasa, namun masih boleh difahami butir bicaranya.
Meninjau akaun Instagram Ainina, telah dikongsikan video terbaru Elisha. Dalam video ini, Ainina bertanyakan kepada Elisha samada Elisha berpuasa atau tidak. Menjawab dirinya berpuasa, Elisha turut menanyakan samada Ainina berpuasa atau tidak.
Walaupun Elisha sudah pun makan pada waktu tengahari, namun kata Elisha yang dia cuma makan sedikit sahaja dan masih berpuasa. Cara Elisha hendak meyakinkan mama makan nasi sikit sahaja itu yang ger4m melihatnya, comel sangat.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Elisha berbual dengan Ainina ini mencuit hati netizen. Jari tunjuk sikit tu yang comel sangat, puasa yang yok pun ok lah sayang. Antara komen-komen netizen :
” Oh my god, so cute. Sikit je tu tak tahan. dah besar cerdiknya dia hehe. Makin bijak mengenakan mama ye.. “
” Teringat cerita anak buah saya, dia pergi sekolah, saya tanya, abg puasa tak lagi ni, dia ckp puasa, tadi kat sekolah abg tak makan nasi pun, makan rojak je. dia ingat puasa tak boleh makan nasi.. “
” Oh Elisya Puasa yang yuk ni.. Mkn sikit. Mama pun suka mgusik dia hehe. insyaAllah dia boleh bertutur dgn baik dan sihat seperti biasa.. “
” ALLAHUAKBAR.. Ikut je lah cara dia berpuasa.. Suka tengok Elisya. Canteq muka sebiji mak…Semoga kesihatan milik awk dik.. “
” Assalamualaikum Alhamdulillah dpt jugak Elisya puasa yer. Muka macam sis Ainina kan, comel je Elisha ni. Ger4m tengok senyum je.. “
” Aamin rindu telatah dia, lama akak tak upload. Comel je puasa makan sikit je. Elisha yang bijak, ee ger4m la dengan suara dia tu, cute sangat.. “
” Comel dia beritahu dia makan sikit je hehe. Dengan jari tunjuk sikit tu, ger4m tau. Kira puasa lah tu mama ye hehe.. Dah pandai cakap dia, penghibur hati mama anak ni.. “
” Tengahari makan nasi sikit je, siap tunjuk lagi dia punya sikit tu haha. Pandai Elisha borak dengan mommy dia.. “
Memang comel dan menghiburkan melihat telatah Elisha ini. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, moga doa seorang ibu untuk melihat anaknya ini dapat bercakap dengan lancar dimakbulkan Allah. Semoga Elisha sihat selalu dan terus ceria bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ainina Ahmad B
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..