” Baru tahu ni Noah dan Adam, ilmu baru, good technique lah.. ” – Netizen
Video Anak Kembar Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sheikh Adam Dan Sheikh Noah Belajar Menulis Jawi. Wah Tak Tahu Pula Macam Tu Cara Sebut Huruf Ain Dan Ghain. Comel Je Kembar Ni Buat, Bijak Bijak !!
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memang sering berkongsikan pelbagai video tentang anak-anaknya. Pada usianya sekarang, Dr Sheikh sudahpun dikurniakan 6 orang cahayamata. Antara mereka, pasangan kembar Noah dan Adam antara yang las4k dan cukup aktif.
Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Noah sedang belajar menulis jawi. Terdahulu, Dr Sheikh ada memberitahu Noah dan Adam sudahpun dihantar untuk mengaji Al Quran di Baghdadi Centre.
Walaupun baru berusia 3 tahun, mereka sangat teruja dan cepat belajar. Dalam video ini, Noah yang tidak pandai menulis huruf ‘Zo’ dan disuruh daddynya itu supaya mengikut sahaja garisan pada buku itu.
Ketika tiba pada huruf Ain dan Ghain, Noah dan Adam memberitahu ustazah mereka mengajar teknik menyebut yang betul iaitu dengan memicit hidung sambil menyebut huruf itu. Wah ilmu baru ini dan tidak semua orang tahu tentang teknik ini.
Jom tonton video di bawah :
Peminat terhibur dengan gelagat Noah dan Adam yang sentiasa ceria ini. Comel sangat sebut Ain dan Ghain tu dan antara komen-komen peminat :
” Pandai adam. Dia tukang jawab kan apa yang dr sheikh tanya. Tanpa tengok pulak tuh. dah hafal agaknye, pic1t jangan tak pic1t.. “
” Comel je dia sebut huruf Ain. New knowledge for me too. thank you adam and noah. rambut dh tut0p mata tue hehehe lebat dh rambut both twinnes.. “
” Alahaiii comelnya. Yup dengan saya saya sekali tut0p hidung sambil sebut ‘Ain dan Ghain tu. Love Noah’s husky voice.. “
” Baru tahu ni Noah dan Adam, ilmu baru. Pinch your nose to get that sengau sound haha.. good technique lah. Thanks you Adam and Noah for this sharing.. “
” Aunty pun try sebut tut0p hidung ni hehe. haha teacher always right phase. Masya Allah bakal bakal angkasawan.. “
” Auntie tried to do the same, cl0se my nose. New knowledge, in love with Noah’s voice. Good job boys.. both so cute.. “
” Adam dan Noah dah menyebarkan ilmu secara tak sedar Kan. Lesson learn.. baru 3+ old je. Bella pulak suka sedekah and Tasha always down to earth… Alhamdulillah.. “
Pandai Noah dan Adam, speaking pun lancar dan petah sahaja si kembar ini. Penuh dengan semangat dalam semua aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Semoga Adam dan Noah dipermudahkan untuk menimba ilmu dan jadi anak-anak yang bijaksana seperti ibu dan ayahnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..