” Pandai lah kakak Aafiyah ni, cara sebut pun comel dengar.. ” – Netizen

Rindu Kepada Anak Sulungnya, Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Video Siti Aafiyah Sedang Belajar Mengaji Bersama Pengasuh. Pandai Lah Kakak Aafiyah Mengaji, Nanti Boleh Lah Ajar Adik Pula !!

Pertama sekali diucapkan tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana telah selamat melahirkan anak keduanya pada hari semalam iaitu seorang bayi lelaki. Sememangnya Ramadhan kali ini menjadi satu kenangan terindah buat Datuk Siti serta keluarganya.

Terbaru, meninjau di akaun Datuk Siti, telah berkongsi video yang memaparkan anak sulungnya, Siti Aafiyah sedang belajar mengaji bersama pengasuhnya, Dayah Zubit. Perkongsian itu sekali lagi telah mendapat perhatian warga netizen.

Menerusi video itu, Aafiyah sedang mengenal huruf jawi dan pada masa yang sama, pengasuhnya cuba menunjukkan huruf jawi tersebut dan bertanyakan kepada Aafiyah. Dilihat, secara keseluruhannya, Aafiyah tepat menjawabnya.

Pada posting itu juga, Datuk Siti turut mengucapkan kata syukur melihat perkembangan yang baik tentang Aafiyah itu dan berharap setelah Aafiyah sudah pandai mengaji, dia dapat mengajar adiknya pula nanti.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai memuji Aafiyah yang dilihat bijak mengenal huruf jawi dan mereka juga mendoakan semoga Aafiyah menjadi seorang anak yang solehah dan bijak pandai. Antara komen-komen netizen adalah :

” Alhamdulillah, pandai kakak Aafiyah sekarang. Nanti adik dah besar boleh lah sama-sama belajar, kakak Aafiyah tlg ajar adik.. “

 ” Aafiyah comel lah, dah pandai mengaji dah sekarang, untung ada kakak Dayah yang selalu ajar Aafiyah.. “

” Alhamdulillah, semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah, menjadi kebanggaan kedua orang tua, Aamiin Ya Allah Ya Mujib.. “

” Pandainyaaa kakak, alah-alah awal-awal saje buat mcm tak tahu, pastu boleh pula jawab, haha comel betul gaya tu.. “

” Pandai lah kakak Aafiyah ni, cara sebut pun comel dengar, mesti tak sabar nk peluk adik nanti bila dah balik kan.. “

” MasyaALLAH, Bijak betul anak Siti ni, semoga besar nanti jadi orang yang bijak pandai ya, dan jadi kebanggaan ramai, aamin.. “

”  Bagus, awal-awal ni dah ajar untuk kenal dan mengaji, nanti dah boleh baca Al-quran, semoga jadi anak yang solehah ya Aafiyah.. “

Alahai seb4k pula baca ayat last Datuk Siti tu, rindu Aafiyah yer, biasalah perasaan seorang ibu bila tak jumpa anak. Semoga Aafiyah jadi anak yang solehah dan bijak pandai dan kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat berpant4ng buat Datuk Siti semoga baby dan Datuk Siti dalam keadaan sihat.

Silakan SHARE…

Sumber : IG  Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid Fans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..