” Baju putih tu Ayie kan. Lama tak nampak Ayie.. ” – Netizen

Siti Sairah Kongsi Gambar Keluarga Besarnya Ketika Berada Di Restoran. Eh Ayie Pun Ada, Nampak Lain Dari Dulu. Alhamdulillah Sihat !!

Keluarga besar penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza memang diketahui semuanya ada bakat nyanyian walaupun tidak sehebat Dato’ Siti. Selain Dato’ Siti, Siti Nursairah dan Siti Norsaida juga antara adik beradik Dato’ Siti yang dikenali mempunyai bakat dalam nyanyian.

Meninjau akaun Instagram Siti Sairah, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan Sairah bersama ahli keluarga yang lain di sebuah restoran. Tertulis di kapsyennya berbunyi ‘ family time ‘ dan kelihatan lebih kurang 17 orang kesemuanya yang hadir.

Peminat sedia tahu, Sairah dan adik beradik serta ibunya, Mak Salmah semuanya menetap di Kuala Lipis. Masa yang ada diluangkan bersama-sama keluarga untuk makan bersama dan daripada posting Sairah terkini, ini sempena menyambut ulangtahun kelahiran adik iparnya bernama Farah dan anak Sairah, Ahmad Daiyan.

Walaupun simple namun apabila bersama keluarga pastinya kemeriahan tetap dirasai. Terlihat juga kelib4t abangnya, Saiful Bahri atau lebih dikenali peminat sebagai Ayie. Sudah banyak berubah wajah Ayie namun tetap tidak banyak berubah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Siti Sairah ini telah mendapat respon daripada peminat. Ayie antara yang menjadi perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Meriahh, selamat makan Siti Nursairah. kirim salam semua ye. Lama betul tak nampak Ayie.. “

” Ingat betul betul dekat Phi Phi Island tadi haha. Nak join boleh hehe, baju putih tu Ayie kan. Lama tak nampak Abang Ayie.. “

” Family besar Mak Salmah.Kirim salam kat Mak Salmah yer Erah. Yang tepi abang Ayie pakai tudung kuning tu bini dia.. “

Dapat berkumpul bersama keluarga antara perkara yang menggembirakan apatah lagi dalam situasi sekarang. Ramai yang sudah berbulan-bulan terp1sah dan tidak dapat bersua mata dengan ahli keluarga yang lain.

Semua nampak gembira dan Ayie yang duduk paling depan memang jelas wajahnya. Apa pun, semoga keluarga Mak Salmah ini sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki selalu dan gembira bersama selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti SairahΒ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..