” Anak ke adik, hehe. Dah jadi anak bujang lah baby mama ni.. ” – Netizen

Siti Nordiana Kongsi Gambar Sambutan Hari Lahir Ke 13 Anak Lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie. Penampilan Terbaru Rayyan Raih Perhatian Peminat. Wah Dah Jadi Anak Teruna Lah Rayyan, Macam Adik Dengan Kakak Je Bergambar Dengan Nana !!

Siti Nordiana sudah bertahun memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal. Perkongsian hidup dengan arw4h Faizal Yusof memberikan Nana seorang cahayamata lelaki diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie. Nana lah ibu, Nana juga lah ayah dalam membesarkan Rayyan sehingga kini.

Sebelum ini, Nana ada beberapa kali berkongsikan gambar dan video mengusik Rayyan ketika mereka bercuti. Keakraban ibu dan anak ini terserlah dan Nana juga suka menyakat Rayyan. Mereka juga sering melakukan aktiviti hiking bersama-sama bagi mengisi masa lapang.

Meninjau akaun Instagram Siti Nordiana, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Nana bersama Rayyan. Rayyan yang memegang sebiji kek tertera perkataan Happy Birthday. Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Rayyan yang ke 13 tahun.

Nana turut menulis doa dan harapannya untuk Rayyan agar menjadi anak yang baik dan sentiasa dilindungi Allah. Walaupun semakin dewasa Rayyan dan bertambah usianya, Rayyan tetap menjadi baby Nana selamanya. Melihat wajah Rayyan, raut wajahnya nampak seiras dengan Nana.

Jom baca perkongsian di bawah :

Senyuman mereka juga sama manisnya dan kelihatan seperti adik dan kakak sahaja dalam gambar ini. Ini mendapat respon daripada peminat dan antara komen-komen mereka :

” Happy birthday Rayyan Nakhaie, semoga rayyan berjaya dlm kehidupan di dunia & akh1rat, sentiasa berada dalam rahmat dan lindunganNya.. jadi anak soleh yang slalu berbakti & membahagiakan mama ya.. “

” Semb0i happy birthday Ryan. semoga rayyan diberikan kebaikan dan kebahagiaan dunia akh1rat. belajar rajin2 tau. jaga mama baik baik.. “

” Selamat harijadi rayyan semoga jd ank yg mmbahagiakan mama dunia dan akh1rat. Aamin semoga semua doa ibunya dimakbulkan Allah.. “

” Happy bufday rayyan.. semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akh1rat.. aamin. mcm adik beradik je, dah beso dah baby tapi tetap forever baby mama.. “

” Happy birthday forever boyfriend mama. jadi anak yang soleh tau and jaga mama elok elok. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, semakin sukses, jadi anak yang soleh & terus berjaya dengan apa yang diinginkan.. “

” Happy birthday buah hati mama. Dah mcm adk dgn kakak dah hahaha. smga rayyan berjaya dunia akhirat dan jaga mama elok elok.. “

” Anak ke adik hehe. masyaAllah.. dah bertambah bujang baby mama ni.. insyaAllah.. rayyan sllu murah rzki dan jadi anak yang baik untuk mama.. “

Cepat masa berlalu, sudah menginjak ke alam dewasa anak Nana ini. Semoga doa Nana untuk Rayyan akan dimakbulkan Allah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir Rayyan dan semoga berjaya dalam pelajaran.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..