” Bakal abang ipar.. ” – Ameera Khan

Adik Neelofa, Athisha Khan Kongsi Gambar Bersama Insan Istimewa Di Majlis Pernikahan Noor Nabila. Secoc0k Merpati Dua Sej0li Ni, Manis Senyumannya. Ramailah Yang Pat4h Hati !!

Hari ini, majlis pernikahan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila dan menjadi tumpuan ramai di media sosial. Ibu kepada Jebat Jayden ini kelihatan berseri-seri pada hari bersejarahnya ini. Tidak hanya Nabila, malah seluruh keluarga juga tumpang bahagia dengan penyatuan ini.

Meninjau akaun Instagram Athisha Khan, telah dikongsikan gambar bersama kekasih hatinya bernama Wan Amirul Haiqal. Menulis di kapsyennya ‘my love‘, nyata si jejaka ini adalah teman istimewanya dan seringkali wajah Haiqal ada ketika majlis keluarga Athisha diadakan.

Kedua-duanya memakai pakaian sedondon berwarna kelabu sebagaimana tema untuk majlis Nabila ini. Perkongsian Athisha ini sehingga kini sudahpun mendapat lebih 12 ribu tanda suka daripada pengikutnya di Instagram.

Nampak secoc0k sungguh Athisha dan Haiqal ini, wajahpun ada iras-iras. Pasti ramai jejaka yang meminati si cantik manis ini frust kerana Athisha kini sudah dimiliki hatinya. Siapa tahu mungkin jodoh Athisha dan Haiqal untuk ke jinjang pelamin termakbul dalam masa terdekat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibel4h dua Athisha dan Haiqal. Perkongsian ini mendapat respon daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Bakal abang ipar.. ” – Ameera Khan

” Ala cute, you’re next. You guys have the same smile, eii relationship goal. Masya Allah.. “

” Next cuties, g0rgeous couple and pretty. You’re next, still to jannah Aamin. Make up and rambut so chantek.. “

” Frust saya, ingatkan sha yang kawin dulu tau hehe. Cantik, masing-masing cute. Next please, hope lepas ni Athisha pula. Insha Allah Aamin.. “

Sememangnya adik beradik Neelofa ini mempunyai rupa paras yang manis dan cantik. Athisha sendiri ayu wajahnya dan seiras seperti wajah ibunya, Datin Kartini. Peminat juga suka melihat hubungan Athisha dan Haiqal.

Selesai si kakak, selepas ini apa mungkin Athisha ataupun Neelofa dahulu akan ke jinjang pelamin, sama-sama kita nantikan. Semoga hubungan ini akan ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan dan semoga semua urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Athisha Khan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..