“ Happy birthday pretty, umur 29 tapi macam belasan tahun.. ” – Netizen
Farah Nabilah Kongsi Gambar Dan Video Bersama Suami Dan Anak Sempena Ulang Tahun Kelahirannya Yang Ke 29. Wah Semakin Berseri-Seri Lah Mummy Andre Omar Ni, Pakai Baju Kaftan Pun Cantik !!
Farah Nabilah seorang selebriti yang terkenal menerusi drama lakonannya sebagai watak Aisy dalam Titian Cinta bersama Zul Ariffin. Kini, Farah sudah berkahwin dengan Mohammed Amirul dan dikurniakan seorang putera lelaki yang comel bernama Andre Omar.
Meninjau ke akaun Instagram Farah, telah dimuatnaik beberapa gambar dan satu video dirinya bersama suami dan anak sempena hari lahirnya yang ke 29 tahun. Nampak jelas kebahagiaan di wajah dapat meraikan ulang tahun kelahirannya kali ini di samping keluarga tercinta.
Farah tetap kelihatan cantik menyambut hari jadi di rumah dengan sebiji kek walaupun hanya menyarungkan kain kaftan di badan. Selain itu, Farah turut meraikannya di salah satu tempat menarik ibu kota dan Andre nampaknya tertarik melihat ikan-ikan di situ.
Farah berkesempatan bergambar bersama Andre dan Amirul berlatar belakangkan view ikan yang cantik dan unik. Pastinya, meluangkan masa bersama keluarga di tempat yang menarik pada hari istemewa satu aktiviti yang membahagiakan buat Farah dan keluarga.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Posting Farah mendapat banyak likes dan menerima ratusan ucapan selamat hari lahir daripada peminat. Ada juga yang mendoakan kebaikan dan kesejehteraan buat dirinya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
“ Happy birthday Fawaaaa.. May Allah bless you and your family.. Oh 29 dh ke.. happy birthday.. Love you guys.. Same with me.. happy birthday.. ”
“ Happy Birthday baby march.. Hb.. may Allah bless u always aamin.. cantiknyaaa, happy birthday girl crush.. kaftan tu beli dekat mana.. ”
“Wahh same la birthday kite.. Happy birthday pretty.. 29 tapi mcm belasan tahun.. Sebaya.. Baju anak kita sama la.. Happy birthday gorgeous mommy..”
“ Happy birthday kak farah nabila.. Salam from Indonesia.. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki.. Pibeday.. Ish march babies ni mmg lawa2 eah.. ”
“ Selamat hari lahir, Fawaa yang ke-29 tahun.. Saya doakan semoga Fawaa sentiasa memberkati usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik di samping keluarga & suami serta anak tersayang.. ”
“ Kita pun nk bawa amanda go aquaria this week.. Aaa mmg sehati sejiwa btl.. Awe blessed birthday dear.. Happy birthdayy mommy andre.. ”
“ Happy birthday farah semoga panjang umur murah rezeki kesihatan jge keluarga bahagia.. semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.. aminn.. ”
Berseri-seri wajah Farah meraikan hari lahirnya bersama keluarga tersayang. Masih kelihatan cantik dan muda seperti remaja. Apa pun kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir dan semoga terus berjaya serta bahagia di samping keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber: IG farahnabilahofficial
Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..