” Akad nikah musim PKP, ini rare.. ” – Aidil Aziz

Aidil Aziz Kongsi Video Dan Foto Sekitar Majlis Akad Nikah Adik Lelaki Bongsunya, Ikmal Aziz Yang Disaksikan Secara Online. Sama Cantik Sama Padan Pengantin Musim PKP Ni, Tahniah !!

Umum mengetahui Aidil Aziz merupakan suami kepada Fasha Sandha. Mereka antara pasangan selebriti yang diminati ramai. Pasangan suami isteri ini kelihatan serasi dan selesa berkongsi kisah peribadi di laman sosial buat peminat.

Baru-baru ini, satu perkongsian video dan gambar yang memaparkan majlis akad nikah adik bongsu lelaki Aidil yang bernama Ikmal Aziz telah dimuatnaik di Instagram. Majlis tersebut dijalankan secara kecil-kecilan mengikut standard pematuhan PKP dan dihadiri oleh ibu dan adik-beradik terdekat sahaja.

Suasana majlis akad nikah adik Aidil berjalan dengan lancar dengan hanya sekali lafaz. Jelas kelihatan wajah ibu Aidil begitu gembira dan lega setelah ucapan sah dilafazkan oleh saksi. Selain itu, reaksi muka pengantin perempuan juga nampak tenang selesai sahnya acara ijab dan qabul itu.

Posting mengenai adik Aidil berkahwin turut dimuatnaik oleh Fasha sempena menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua mempelai. Walaupun tidak dapat hadir bersama-sama semasa sesi akad nikah di sana, Fasha hanya menyaks1kan dari rumah secara online. Pastinya Fasha turut gembira serta mendoakan terbaik buat Ikmal dan pasangan.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Selain itu, Fasha turut kongsi foto-foto majlis akad nikah adik iparnya di Instagram.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Peminat turut mengucapkan tahniah kepada Ikmal dan isterinya. Selain itu, ada juga yang mendoakan semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah. Antara komem-komen netizen :

 “ Tahniah ikmal.. Congrats.. patut sunyi SR7/1 td.. tahniah Ikmal, pasangan dan keluarga.. sama muka tahniah.. Tahniah.. kak wan salina dh dpt menantu.. ”

“ Tahniah mal tahniah dil sekeluarga.. Sama muka mereka.. Tahniah ikmal aziz dan pasangan.. Semoga bahagia hingga ke Jannah.. suara adik sama mcm aidil.. ”

“ Tahniah ikmal, n aidil sekeluarga, steady.. tahniah Kemal.. dh kawen dh adek akk.. semoga bahagia till jannah.. Congratulations ikmal.. ”

“ Congratulations ikmal aziz semoga berbahgia dan kekal hingga ke jannah.. hihiii.. Mcm kenal tok kadi tu.. Tahniah.. Dak aliff gak tak kawen lagi.. ”

“Alhamdulillah barakallah.. Tahniah dapat biras baru.. Biras la ye dak.. Isteri kepada adik ipar.. Haha.. Tahniah kak fasha, dapat lagi anak menantu.. Rezeki kahwin PKP.. aminn..  pwetty.. ”

“ Alhamdulillah pengantin musim pkp. Tahniah.. semoga berbahagia hingga ke jannah dan kekal hingga akhir hayat.. aminnn.. ”

Bagai pinang di belah dua, Ikmal dan isterinya memilih tema baju pengantin berwarna putih pada hari bahagia mereka. Kedua-dua pasangan pengantin kelihatan sama cantik dan sama padan dalam gambar itu. Bukan itu sahaja, mereka kelihatan serasi dan sepadan bersama di atas pelamin.

Tiada yang lebih gembira melihat adik sendiri sudah memasuki fasa dan alam perkahwinan. Pastinya Aidil teruja dan bersyukur segala persiapan dan majlis dirancang mengikut apa yang dikehendaki. Apa pun selamat pengantin baru kepada Ikmal dan pasangan. Kami doakan semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Silakan SHARE..

Sumber: IG itsaidilaziz, fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..