” So cute, Aiman macam Korea.. ” – Netizen

Gambar Aiman Hakim Ridza Dan Zahirah Macwilson Semasa Kecil Raih Perhatian Peminat. Alahai, Comelnya. Wajah Aiman Berbeza Sungguh Masa Kecil Macam Anak Korea !!

Pasangan sama cantik sama padan iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah Macwilson merupakan antara pasangan selebriti yang popular. Umum juga mengetahui bahawa mereka baru dikurniakan seorang cahaya mata.

Meninjau ke akaun Instagram kelab peminat pasangan ini, satu posting yang amat mencur1 perhatian peminat ialah gambar mereka berdua semasa kecil. Ini kerana Zahirah atau Aiman jarang berkongsi gambar mereka semasa kecil di akaun Instagram masing-masing.

Bersesuaian gengan kapsyen yang dikongsikan iaitu ‘ comel jer dua ni masa kecil’ , tidak dinafikan Zahirah dan Aiman sememangnya cantik dan comel. Wajah Zahirah semasa kecil tidak banyak berubah sehingga dewasa.

Namun, wajah Aiman agak berbeza semasa kecil. Sekali pandangan seperti seorang kanak-kanak berbangsa Korea. Ini kerana matanya yang kecil dan kulitnya yang putih. Patutlah kedua mereka memiliki wajah yang cantik dan handsome kan. Memang dari kecil lagi rupanya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat lebih 700 likesĀ dan beberapa komen yang turut memuji wajah comel mereka berdua. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” So cute, Aiman mcm Korea sikit. Sorang gelak, sorang nang1s. Alah comeynya kedua2 anakda ni.. Cute. was aiman cry1ng? “

” Alaaa comelnya zahirah dgn aiman masa kecikkk. Mcm korea aiman. Hahha comel sangat. sorang cantik dan sorang handsome.. “

Sekadar info, pasangan ini sudah genap setahun mendirikan rumahtangga dan sudah beberapa bulan bergelar ibu dan bapa. Namun, mereka masih belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah si comel.

Pastinya ramai tidak sabar untuk melihat wajah comel anak pasangan ini. Pastinya comel seperti Zahirah dan juga Aiman kan. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berbahagia bersama yang tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Aiman Fans, Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..