” Dayang macam Helena, ada iras-iras. Comel Dayang.. ” – Netizen

Wajah Dayang Nurfaizah Ketika Zaman Persekolahan Dahulu Yang Sangat Comel. Eh Nampak Iras Dengan Anak Hael Husaini, Halena Lah. Cute Je Dayang !! 

Sudah lama bertapak dalam dunia seni hiburan tanahair, Dayang Nurfaizah antara penyanyi yang masih lagi bertahan sehingga ke saat ini. Keunikan dan kelunakan suaranya itu membuatkan lagu-lagu Dayang sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Meninjau akaun Instagram Dayang Dua Dekad ( kelab peminat Dayang Nurfaizah ), telah dikongsikan satu keratan akhbar yang memperlihatkan wajah Dayang ketika di bangku sekolah. Tertera di kapsyen tentang fakta berkaitan sekolah Dayang ini.

Dayang yang bersekolah di Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan iaitu sekolah terbaik yang hanya dapat dimasuki oleh pelajar-pelajar yang terpilih sahaja. Turut dimaklumkan, Dayang menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Islam Sarawak.

Dayang yang mengenakan pakaian uniform sekolah berwarna putih itu beserta tudung labuh. Ini adalah uniform normal bagi kebanyakan sekolah agama dan Dayang nampak comel sahaja dalam uniformnya ini. Waktu kecil lagi sudah comel, sudah dewasa semakin cantik orangnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat respon daripada peminat. Bukan sekolah biasa-biasa Dayang rupanya dan antara komen-komen peminat :

” Queen Dayang so talented. Nice, i always knew she’s a smarty-pants walaupun blur haha.. “

” Dayang macam Helena, ada iras-iras. Comel la pula dayang masih budak budak dulu.. “

” Memang cantik dari kecil MashaAllah. Kalau di Sarawak bukan calang-calang org sklh kt madrasah tu.. susah nak dapat kecuali org yg benar2 pandai agama je.. “

Wah bukan biasa-biasa bintang kesayangan ramai ini, ada kebijaksanaannya tersendiri. Wajah Dayang ketika ini juga dikatakan peminat seakan-akan wajah anak angkat sahabat baiknya, Hael Husaini iaitu Halena Hael. Nampak comel sangat Dayang ketika ini.

Zaman persekolahan yang pastinya menggamit memori dan pastinya Dayang banyak kenangan manis di sini. Apa pun, semoga Dayang terus success dalam kerjaya seninya, sentiasa hidup gembira di samping keluarga tersayang dan cepat bertemu jodohnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayang Dua Dekad, IG Dayang Nurfaizah, IG Halenahael, IG hhdn_central

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..