” Tahniah, cantik betul gambar keluarga Mekwa.. ” – Netizen

Mawar Rashid Kongsi Gambar Potret Keluarga, Alahai Comel-Comel Anak-Anak Mawar Dan Raf Yaakob Ni !!

Bulan lalu, pelakon Mawar Rashid telah selamat melahirkan anak keduanya. Perkongsian berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya Mawar iaitu Raf Yaakob di akaun Instagram. Perkongsian tersebut telah dibanjiri ucapan tahniah daripada warga netizen dan rakan-rakan artis.

Meninjau di akaun Instagram Mawar, telah berkongsi satu posting terbaru di mana dia berkongsi potret keluarganya bersama anak baru mereka iaitu Raden Seri Rosabella yang telah pun berusia 1 bulan lebih dan turut bersama dua anak Raf Yacob hasil perkongsian perkahwinannya yang terdahulu.

Bagi yang mengikuti perkembangan Mawar, pasti tahu bahawa Mawar merupakan seorang ibu yang begitu penyayang dan kasih sayangnya terhadap kedua anak t1rinya juga tidak berbel4h bahagi seperti anak kandungnya sendiri.

Perkongsian gambar Mawar bersama keluarganya itu telah mendapat 51 ribu tanda suka dan seratus lebih komen daripada warga netizen. Mawar juga berkongsi kapsyen bahawa dirinya sangat bersyukur dan mahu berehat sekurang-kurangnya tiga tahun dari hamil lagi setelah melahirkan dua cahaya mata.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji akan gambar yang dikongsikan Mawar itu begitu cantik. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamdulillah syukur moga berbahagia selalu till jannah Mawar dan Raf. Suka tengok kelurga ni, nampak bahagia.. “

” Tahniah Mawar, dah dapat sepasangan, cantik gambar ni. Semoga hubungan Mawar dan Raf akan sentiasa bahagia bersama, amin.. “

” MasyaAllah, beautiful family. Pandai anak-anak bergambar, syukur Mawar dianugerahkan keluarga bahagia, semoga kekal ke syurga.. “

” So cute,  semoga happy selalu dan diberkati oleh  Allah Mawar dan family . Tahniah atas kelahiran anak kedua.. “

” Tahniah, cantik betul gambar keluarga Mekwa ni, nampak lengkap dan bahagia, comel si kecil tu, ger4m pula tengok.. “

” Wah tiga lelaki, tiga perempuan, cukup geng dah ni Mawar dan Rashid, mesti best kan, semoga happy selalu guys.. “

” Alhamdulillah, suka tengok perkembangan Mawar, syukur, semoga Mawar sentiasa bahagia bersama keluarga sentiasa.. “

Cantiknya gambar keluarga Mawar, patut ramai yang puji, meriah tengok. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Mawar dan Raf atas kelahiran anak kedua mereka dan didoakan semoga keluarga kalian menjadi keluarga yang Sakinah Mawaddah Wa Rohmah, Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..