” Dia punya mengada manja tu sampai five baru nak gerak.. ” – Netizen

Hanis Zalikha Kongsi Video Gelagat Alisa Aisyah Merengek Mahukan Susu. Alahai Mengadanya Suara Manja Alisa Tu. Namun Cara Hanis Mendidik Alisa Raih Pujian Ramai. Wah Tegas Juga Hanis Yer !! 

Meninjau akaun Instagram Hanis Zalikha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa yang membuat gaya manjanya meminta susu. Alisa yang merengek mahu Hanis memberikannya susu namun Hanis bijak mengurus rengekan Alisa ini.

Hanis yang sudahpun meletakkan susu botol Alisa di atas meja menyuruh Alisa untuk mengambilnya sendiri. Dek kerana Alisa masih lagi merengek, Hanis mula menggunakan kaedah kiraan nombor. Bagi ibu bapa, kaedah mengira sebegini antara cara untuk mengaw4l dan melatih anak-anak supaya tidak mengam0k.

Mendengar mommynya sudah membilang sehingga angka lima, terus Alisa diam dan turun dari sofa menuju ke meja. Bijak dan berkesan kaedah yang digunakan Hanis ini. Gaya Alisa yang berjalan sambil meminum susu dari botolnya itu juga comel sahaja.

Alisa sememangnya anak yang manja namun las3k orangnya berbanding abangnya, Yusuf. Alisa yang setahun usianya ini juga mempunyai ramai peminat dan sudah merekodkan sehingga 1 juta pengikut di Instagramnya. Wajah cute Alisa dan telatahnya yang mencuit hati membuatkan Alisa dinobatkan sebagai Si Cilik Melet0p baru-baru ini.

Jom tonton video di bawah:

Gelagat manja Alisa yang merengek mahu susu ini menarik perhatian peminat. Cara Hanis melatih Alisa pun sangat bagus dan meraih pujian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Fouuuur, OK. FIVEEEE, Okokokokokok sebelum mak kita berubah rupa. Clingy sangat eeee gewam.. “

” Dia pnya mngada manja tu smpi five bru nk gerak. sblm mak berub4h jd h4ntu mak limahh. Dia ingat buat centu boleh suruh mummy tlg amikkan tapi taktik dia tak jadi.. “

” Dia punya ngada tu nak org tolong ambikkan. So cuteee.. Pandai mummy ajarr. alaaa sayang clevernyaa awak.. “

” Hahahaah comel, memang berkesan kaedah kiraan tu, sama jugak memang guna kt rumah, especially kalau kemas mainan anak2.. “

” Termenung kejap dia lepas mommy start one, two. smpai four dia mengalah sebab mommy buat tak tahu, hahahahhaaha comel.. “

” Perghh no manja2 no ngel4t2 eaa Hahaha .. mal4s2 pun pegi jgk amik susu. Eee si tadaaa nie, ngad42 la.. “

” Okay nya cepat, ambiknya tidak hahahaha aduhai dia ni comel la. Eiiii ger4m je, pandai tu nak suh org amikkan.. “

” Dalam sayang dia ada tegasnya . Adore sangat dekat hanis zalikha ni. Alisa pun comel sangat, smart girl.. “

Comel sahaja melihat gaya Hanis dan Alisa ini, cara yang berkesan dan boleh digunapakai untuk ibu bapa lain melatih anak-anak. Apa pun, semoga Alisa membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang sentiasa menggembirakan mommy daddy dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..