” Both of you sweet dan sopan je, take care kak Dayah Bakar.. ” – Netizen
Uyaina Arshad Kongsi Gambar Thr0wback Bersama Pengacara, Dayah Bakar Yang Akan Berhijrah Ke Australia. Sweetnya Hubungan Adik Dan Kakak Ni, Dua-Dua Pun Cantik Dan Sopan !!
Pengacara dan pelakon yang berbakat, Uyaina Arshad sudah tidak asing lagi di kalangan peminat tempatan mahukan peminat dari negara seberang, Indonesia. Uyaina yang mula dikenali melalui pencarian Nona Manis pada tahun 2015 sering mendapat perhatian kerana keperibadiannya yang sopan.
Hasil tinjauan di akaun Instagramnya, Uyaina ada berkongsi gambar throwback bersama pengacara Dayah Bakar yang sebelum ini menjadi pengacara Borak Kopitiam yang bersiaran di TV3. Untuk makluman, Dayah dan anaknya, Achbar Fahri mengikuti suami, Kapten Hanif yang akan bertugas di Australia bermula tahun 2021.
Di ruangan kapsyen, Uyaina meluahkan rasa sed1h kerana terp4ksa berp1sah dengan Dayah yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Hubungan baik mereka terjalin sejak dari tahun 2015 dan masih akrab sehingga ke hari ini. Sudah pastunya Uyaina terasa kehilangan rakan seperjuangannya itu.
Menerusi gambar yang dikongsi juga, jelas kelihatan hubungan antara dua selebriti ini sangat baik dan mesra. Uyaina juga mengucapkan selamat jalan dan mendoakan kesejahteraan buat Dayah dan keluarga selama berada di Australia. Diakhir ucapannya, Uyaina berhasrat untuk ke Australia melawat Dayah selepas pandem1k C0v1d 19 reda.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian Uyaina meraih perhatian rakan artis dan peminat. Rata-rata mendoakan segala urusan Dayah dipermudahkan. Antara komen-komen mereka adalah :
” Omg dayahbakar nak pegi aussie for good ke.. Ala sedihnya dah la lama tak jumpa.. ” – Ramona Zamzam
” Kak Yana bila pula nk kahwin dn ada anak, My 2 favourite ladies Takleh nak karang ayat untuk Dayah lagi.. “
” Both of u sweet and sopan je take care kak dayahbakar, Semoga dipermudahkan semuanya, Cantik dua2.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan penghijrahan ke Australia.. dayahbakar, Frienship, Cantiknya dua duaaa.. “
Untuk rekod, Uyaina mengenali Dayah sewaktu Uyaina menyertai program Nona Manis pada tahun 2015. Bermula daripada hubungan peserta dan hos program, akhirnya keserasian antara mereka membawa kepada hubungan rapat seperti adik dan kakak sehingga ke hari ini.
Selamat maju jaya diucapkan buat Dayah dan keluarga. Buat Uyaina pula, janganlah bersed1h kerana hubungan yang baik pasti akan kekal selamanya. Kami di Berita Kopak mendoakan kesejahteraan buat dua sahabat baik ini dan sentiasa bahagia bersama yang tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad, Dayah Bakar.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..