” Dalam hati masa ni, tolonglah ya Allah.. ” – Nad Zainal

Nad Zainal Kongsi Video Ketika Bersama Anaknya, Yem Sedang Bersiaran Langsung. Namun Aksi Anaknya Ketika Siaran Tersebut Buat Ramai Terhibur. Haha Sabar Jer Lah !!

Berbadan kecil molek, malah pandai membawa watak yang diberikan kepadanya telah berjaya menarik perhatian penonton. Itu lah yang digambarkan buat pelakon wanita tanah air, Nad Zainal atau nama penuhnya, Farah Nadia binti Zainal Abidin.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Nad telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama anaknya, Fahad Ibrahim yang telah dijemput untuk mempromosi produk mainan secara siaran langsung di set Astro Go Shop. Namun ada sesuatu yang terjadi ketika siaran tersebut berlangsung.

Video yang dikongsikan oleh Nad itu memperlihatkan Fahad atau panggilan manjanya, Yem sedang berjalan ke hadapan dan tidak memberikan kerjasama kepada ibunya. Namun, di akhir video itu, kelihatan Nad bijak memainkan peranan dengan menarik perhatian anaknya dengan memberikan mainan.

Mungkin Yem belum biasa lagi berhadapan dengan kamera. Mungkin juga Yem lebih tertarik apa yang dilihat yang ada depan matanya. Terbaik Nad kerana dilihat pandai mengawal situasi tersebut. Alahai Yem, ada sahaja keletahnya yang mencuit hati ramai.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur menonton perkongsian video oleh Nad itu. Antara komen-komen netizen adalah :

” Hahaha, Senyum pun rasa nak nangih kalau camni, tapi comel je dia datang depan dengan muka cool tu.. “

” Kesian mommy, tapi video ni buatkan saya tersenyum, biasa lah budak-budak kan, nasib Yem tak kena cub1t dengan mommy kan, hahahaha.. “

” Ni nasiber live, kalau tak, mesti Yem dah kena cub1t ni, hehehee, tapi Nad memang pelakon terbaik, bijak kawaln keadaaan.. “

” Mommy yang hebat, dengan bawa perut lagi, nak kawal anak lagi masa kerja, fuhh memang terbaik lah, hehe.. “

” Muka mak tu, muka, saya paham apa perasaan Nad masa ni, hehe bertabah lah yer, sementara dia nk besar.. “

 ” Kalau belakang kamera mau terbang dah Yem ni kau buat kan Nad, hahahaha tengok muka Nad memang kelakar.. “

” Hahahha senyum tu nampak betul mmg mak-mak sangat bila ger4m dengan anak tp depan org kena control.. “

Patut ramai yang terhibur, perkongsian Nad itu memang hanya ibu-ibu sahaja memahami akan situasi Nad sedang lalui ketika itu. Apa-apa kami dari Berita Kopak berharap Nad sentiasa dalam keadaan sihat selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..