” Ni memang cantik sangat, macam oversea punya rumah.. ” – Netizen

Sharifah Shahirah Kongsi Gambar Hiasan Dalaman Rumah Kebunnya. Wah Cantik Sangat, Suasana Pun Ala-Ala Luar Negara. Nampak Tenang Dan Mendamaikan !! 

Penyampai radio terkenal Suria FM, Sharifah Shahirah atau pun lebih dikenali ramai sebagai Shiera cukup terkenal dengan mulut bec0knya. Aktif di media sosial, Shiera sering berkongsikan pelbagai cerita tentang kerjayanya dan juga perihal keluarganya di Instagram.

Isteri kepada Ijoy Azahari ini juga sering berkongsi tentang tanah kebun mereka yang sedang diusahakan di Ulu Dong Raub baru-baru ini. Hasil tinjauan kami di Instagram Shiera, telah dikongsikan sekeping gambar dalaman rumah kampungnya ini.

Dek kerana ramai yang meminta untuk Shiera membuat hometour, Shiera memberitahu rumahnya ini kecil sahaja. Cuma mempunyai sebuah bilik, dekorasi rumah yang simple ini tetap nampak menarik. Jauh daripada hiruk pikuk dan kesibukan kota, Shiera mengimpikan untuk mereka sekeluarga tinggal di sini suatu masa nanti.

Seperti kata Shiera, rumahnya itu dibina seadanya mengikut kemampuan dan kewangan mereka namun cukup untuk dirinya dan anak-anak berteduh. Udara yang segar dan dikelilingi pokok-pokok hijau, memang indah pemandangan dari dalam rumah Shiera ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Gambar dalaman rumah Shiera ini bersama persekitaran luarnya itu menarik perhatian peminat. Alahai tenangnya hidup di kampung dan antara komen-komen mereka :

” Ok share location please.. boleh shooting ni kak. asalkan cantik confirm pasti sampai hehehe.. Nampak simple tapi cantik dan kemas tu.. just nice.. “

” Sheira make a video tour lah.. is so nice to stay out frm bandar. Ada sungei lagi.. confirm best. So relaxing gitewww.. “

” Kecik ke besar ke.. asalkan yg duduk bahagia.. tenang.. ceria.. lg2 dduk kwsan yg tenang… udara fresh.. jauh dri kebizian bandar.. “

” Cantiknya kak. Ala memang la mula2 satu bilik , nanti tambah sana sini haha tanah ada ok je . Saya pun suka gini kak.. “

” Cantiknya sejuknya mata tengok pemandangan. Tenang simple je.. Bukan nilai barang atau besar nya rumah.. view kat luar tu yg mahallll… Alami.. “

” Lawa n tenang sgguh umah cmni, suasana kampung sangat. Simple… tp cantik sgt, suke sgt suasana rumah mcm tu.. “

” Cantik kakkk… Konsep modern tetap selittt. Cantik la rumah shiera, angin menderu-menderu masuk ke dalam.. “

” Ni memang cantik sangat macam oversea punya umah, lagi cun tepi sungai. cantik dipandang mata. sejuk je tengok.. “

Nampak sangat cantik dan kemas rumah kebun Shiera ini dan peminat juga memuji suasana dan dekorasi yang simple itu. Pastinya lebih tenang berada di sini kerana dikelilingi alam semulajadi. Apa pun, semoga Shiera gembira dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Selamat berkebun Shiera.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..