” Saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi.. ” – Dato’ Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Berita Gembira Sedang Hamil Anak Kedua Buat Peminat Teruja. Tahniah Tokti, Comelnya Baby Bump Tu. Wahhh Tak Lama Lagi Aafiyah Nak Jadi Kakak !!

Sebelum ini ada desas desus yang mengatakan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin sedang hamil anak keduanya. Ramai yang perasan akan perubahan fizikal Dato’ Siti yang semakin lebih berisi dan baby bumpnya juga jelas kelihatan.

Semuanya menjadi teka-teki peminat yang turut mendoakan ibu kepada Siti Aafiyah ini akan dikurniakan anak kedua. Hasil tinjauan terbaru di Instagram, Dato’ Siti telah membuat pengumuman mengenai kehamilannya itu. Berita ini pastinya akan menggembirakan semua, khususnya peminat-peminat penyanyi bersuara emas ini.

Akhirnya semuanya terjawab dengan perkongsian ini. Menurut Dato’ Siti yang kini sedang hamil 4 bulan, bukan niatnya untuk merahsiakan perkara baik ini, tetapi sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkongsi mengenai kehamilannya kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali dirinya.

Selain itu, Dato’ Siti turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan buatnya dan suami serta meluahkan rasa syukur atas kurniaan yang berharga daripada Allah ini. Untuk rekod, Aafiyah kini sudah berusia dua tahun dan bakal menjadi kakak tidak lama lagi.

Ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar seterusnya.. )

Pastinya berita ini membuatkan ramai yang teruja. Antara komen-komen yang dit1nggalkan oleh peminat dan juga rakan selebiriti :

” MasyaAllah. Cantiknya, Alhamdulillah tahniah Tokti. Semoga dipermudahkan untuk kandungan kedua. aamin.. ” – Ernie Zakri

” Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan semua urusan Tokti.. ” – Wany Hasrita

” Alhamdulillah tahniah kak iti.. happy for you. Jaga diri baik2 tau.. ” – Shiha Zikir

” Rabbuna yusahhil. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Bi’iznillah.. ” – Faizal Tahir

” Alhamdulillah, Semoga kak iti dan adik Aafiyah sihat dan baik baik shj.. ” – Mira Filzah

” Alhamdullillah kita doakan semoga di permudahkan ye.. Seronok mekkkk.. ” – Shairfah Shahirah

” Shukur Alhamdulilla Allahuakbar jagalah mereka untuk kita. Tahniah mak iti syg. We love youuu.. “

” Tahniah Kak Iti syg sekeluarga, moga semua dipermudahkan amin ya rabbal alamin miss u luv u.. Alhamdulillahh congrats Mak Iti. Semoga dipermudahkan.. “

” Alhamdulillah, tahniah Dato Siti. Alhamdulillah seperti yg dijangka. moga semuanya dipermudahkan sehingga melahirkan, selamat ibu dan baby.. yeayyy afiyah naik pangkat.. “

” Alhamdulillah.. Segala Doa Kak Iti , keluarga & orang sekeliling dimakbulkan… Tahniah Kak Iti. Semoga Kak Iti dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan Kak Iti.. Amiin Amiin .. Take care and stay safe Kak Iti.. “

Anak adalah anugerah yang terindah bagi pasangan yang sudah berkahwin. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Dato’ Siti, Datuk Khalid dan juga keluarga yang bakal menerima ahli baru dalam keluarga tidak lama lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..