” Ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku.. ” – Sarah Liyana

Video Sambutan Hari Lahir Puteri Sarah Liyana Bersama Anak-Anak. Sarah Turut Memohon Doa Daripada Peminat !!

Hari ini merupakan hari lahir buat pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. 1 Disember genaplah usia pelakon cantik ini 35 tahun. Sarah telah membuat sambutan hari lahirnya secara sederhana bersama anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sambutan yang diadakan di sebuah hotel iaitu Pavillion Hotel Kuala Lumpur ini tetap meriah walaupun hanya mereka bertiga sahaja. Sarah telah memuatnaik video sambutan hari lahirnya itu di akaun Instagram miliknya untuk tatapan para peminatnya.

Sarah turut menitipkan doa buat dirinya agar tahun 2021 akan datang nanti lebih baik daripada tahun 2020 ini. Sarah juga turut memohon doa daripada peminat agar mendoakan kesejahteraan keluarganya dan rumah tangganya berkekalan.

Pada tahun ini Sarah diuji dalam perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusoff di mana berlaku perg0lakan dalam rumah tangga mereka. Mungkin ini merupakan kali pertama Sarah menyambut hari lahir tanpa suami di sisi. Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini dihuj4ni ratusan ucapan hari lahir buat Sarah daripada para netizen. Peminat turut mendoakan kebahagiaan buat Sarah dan suaminya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aaminnnn yra Happy Birthday SuperMom.. Strong mom.. Semoga segala ape yg dihajati trcapai.. Aamin.. Happiest Birthday to you my strong independent woman.. “

” Amin. Happy Birthday dear best friend. Jauh di mata dkt di hati. Beautiful inside and out. Kuat k mader.. “

” Happy birthday st sarah.. mu Allah bless u… semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke jannah…. Aminn.. “

” Amiinn. Semoga dikurniakan nikmat kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah for u & ur family.. “

” Happy Birthday Sarah, semoga selalu sehat semakin solehah semakin sukses dan semoga bahagia lahir bathin dunia akhirat.. Aamiin Yaa Robbaal Aallamiin.. “

” Happy birthday sarah.. semoga doa2 termakbul dan yg baik2 mengiringi sarah di dunia hingga akhirat. aamiin.. semoga kebahagiaan rumahtangga puterisarahliyana dan syamsulyusoffilm kekal hingga ke jannah bersama anak2 yg comel.. lupakanlah semua sengket4 buka lembaran baru 2021 dgn senyuman.. “

” Doa doa senang dunia akh1rat untuk puterisarah anak anak, suami dan juga keluarga Puteri sarah dan juga keluarga mentua puteri sarah, Inshaallah amiin amiin amiin, from Sarawak with loved.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Puteri Sarah Liyana. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga apa yang dihajati tercapai. Semoga jodoh Sarah dan suami berkekalan selamanya hingga ke syurga, sama-sama kita doakan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..