” Comelnya dia, kena c1um berkali-kali tapi tetap tidur.. ” – Netizen
Nora Ariffin Kongsi Video Dan Gambar Sekitar Majlis Tahnik Cucu Pertamanya, Ayden Johan. Alahai Comel Sungguh, Makin M0ntel Ayden !!
Padan bulan Ogos lalu, penyanyi yang memiliki suara yang merdu ini, Nora Ariffin telah bergelar nenek selepas anak sulungnya, Syakir Imang menimang cahaya mata pertama. Berita gembira itu turut dikongsikan sendiri oleh Nora di akaun Instagram miliknya.
Nora meluahkan rasa syukur atas kurniaan daripada Allah ini dan turut berkongsi nama yang diberikan kepada cucu pertamanya ialah Ayden Johan. Nora juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada keluarga besannya dan berharap semoga dengan kehadiran bayi tersebut akan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.
Terbaru, Nora telah berkongsi video dan gambar sekitar majlis tahnik cucunya yang kini telah mencecah usia tiga bulan. Menerusi perkongsian itu juga, Nora telah menzahirkan rasa syukur akan majlis yang dilakukan itu berjalan dengan lancar.
Nora juga turut memohon maaf kerana tidak menjemput saudara mara dan rakan-rakan untuk hadir ke majlis tersebut kerana MCO. Malah Nora juga sempat menitipkan kata-kata bahawa dirinya merindui arw4h suaminya, Johan dan anaknya, Alif.
Ikuti perkongsian oleh Nora di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut mendoakan kesejahteraan cucu Nora dan memuji kecomelan si kecil itu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Allahu mukanya macam arw4h alif ya… Allah hadirkan penganti buat pengubat rindu MasyaAllah, tahniah Nora dah bergelar nenek.. “
” Comel betul ,moga puan Nora terus kuat Dan tabah mengharungi ujian.. Rindu yg tiada penghujung utk mereka yg dah men1nggalkan Kita.. “
” Alhamdulillah dah selesai semuanya, syukur rasa tenang jer tengok si kecil tu tidur, nyenyak betul sampai tak terjaga.. “
” Comel lah cucu Nora ni, putih gebu, membesar dengan sihat ya, semoga Ayden menjadi anak yang soleh sayang.. “
” Perasaan yag tak dapat digambarkan bila dah ada cucu, memang moment yang terindah, seolah-olah mcm kita baru dapat anak. .”
” Comellllnya dia.. Kena c1um berkali-kali tapi tetap tido, didoakan semoga Ayden Johan menjadi anak yang baik dan penyenjuk kedua ibu bapa serta neneknya, amin.. “
” Kejap kan dah 3 bulan, Ayden, tengok dah bam2, m0ntel betul lah cucu Nora ni, kalau boleh pic1t pipi tu, alahai.. “
Wah, meskipun majlis serba serderhana, namun ia kelihatan meriah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Nora atas kelahiran cucu pertamanya ini dan didoakan semoga Ayden Johan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Ariffin
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..