” Comelnya kek birthday boy, selamat hari lahir si kacak.. ” – Netizen

Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Kedua Datin Fouziah Gous, Zaheen Yusuf Yang Ke- 3 Tahun. Wah Nampak Meriah Betul, Kek Pun Comel !!

Namanya cukup terkenal dalam bidang lakonan, namun setelah mendirikan rumah tangga, Datin Fouziah Gous kini lebih gemar menumpukan perhatian kepada bidang perniagaannya dan urusan hal rumah tangga. Namun bidang lakonan tetap di hati si jelita ini walaupun tidak seaktif dulu.

Bintang drama Seri Sara Sajeeda ini semakin menawan meski sudah pun beranak dua. Malah penampilan dirinya yang begitu cantik sering mendapat pujian ramai. Walaupun dirinya sudah bergelar Datin dan salah seorang usahawan yang berjaya, Fouziah masih bersikap low profile.

Meninjau di akaun Instagram Fouziah Gous telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir anak keduanya iaitu Zaheen Yusuf yang ke- 3 tahun. Kelihatan majlis tersebut serba sederhana namun kelihatan suasananya begitu meriah.

Jelas kelihatan anak kecil Fouziah Gous yang menyambut ulang tahunnya yang ke-3 begitu teruja dengan majlis yang meraikan dirinya itu. Sedikit informasi, Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Zhafran dan dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki.

Ikuti perkongsian gambar-gambar sekitar majlis hari lahir tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang turut tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat hari lahir buat anak Fouziah Gous dan memuji akan kecomelan kek hari lahir tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Selamat hari lahir Zaheen, semoga menjadi anak yang soleh buat kedua orang tua, membesar dengan baik, amin.. “

” Wah comel kek tu, tengok Zaheen mcm mls nk layan mommy ambil gambar sebab seronok tengok kek tu.. “

” Happy birthday semoga menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat dan sentiasa dibawah rahmatNya.. Amin.. “

” Happy birthday Zaheen..  YaAllah hensemnya dua dua hero niii semoga jadi anak soleh yg beri manfaat pada keluarga & org ramai .. “

” Happy bufday Zaheen. Meriahnya sambutan si hensem ni, tengok dia pun mcm seronok kan, comel kek pun.. “

” Eh budak skrng ada lagi kan suka kartun ni, igtkan layan boboiboy bagai, haha, selamat hari lahir buat Zaheen.. “

” Mummy nak amik gambar, amiklah. Zaheen nak layan pikachu,  Happy birthday hensem boy..  Aunty wuvvv you.. “

Alahai dah besar anak-anak teruna Fouziah Gous ni, meriah betul tengok perkongsian gambar sambutan hari lahir anaknya ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini menguacapkan selamat hari lahir buat Zaheen, didoakan semoga membesar menjadi anak yang soleh. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fouziah Gous

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..