“ Dia tahu dah tugasan dia. Anak syurga yang baik.. ” – Netizen

Video Anak Zarina Zainuddin, Azil Lakukan Sesuatu Ketika Masuknya Waktu Maghrib Tanpa Disuruh Buat Netizen Rasa Tersentuh Dan Kagum. Anak Yang Normal Pun Belum Tentu Boleh Buat Macam Azil !!

Siapa sahaja tidak mengenali Zarina Zainuddin, selebriti Malaysia yang sentiasa kelihatan manis dan cantik. Turut dikenali sebagai seorang ibu yang kuat dan cekal dalam membesarkan anak Aut1sme, iatu Azil dan Azal. Bahkan, kisah Zarina membesarkan kedua anak istimewanya itu sentiasa meraih tumpuan netizen.

Baru-baru ini, Zarina berkongsi satu video di mana tindakan Azil menut0p semua langsir apabila sudah masuknya waktu Maghrib mencur1 perhatian ramai. Malah, Zarina mengatakan bahawa menutup langsir dan membuka lampu di rumah ketika masuknya waktu Maghrib adalah salah satu rutin yang sentiasa dilakukan oleh Azil.

Bukan itu sahaja, Azil yang memakai baju tidur merah itu terus menutup televisyen dan meneruskan rutin yang lain. Zarina juga memaklumkan bahawa Azil juga akan membuang samp4h ke dalam tong samp4h. Sikap dan tindakan Azil ini dipuji oleh netizen.

Perkongsian Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga mencapai ribuan views di Instagram. Dalam video itu, Zarina hanya merekod dan memerhati gelagat Azil yang meneruskan rutinnya. Pastinya, Zarina sebagai ibu sangat gembira dengan sikap Azil yang dilihat bertanggungjawab dan berdisiplin. Terbaiklah Azil.

Jom tonton video di bawah :

Pada masa yang sama, aks1 Azil itu membuatkan ramai netizen memuji Zarina atas didikannya sebagai seorang ibu yang tidak pernah putus asa memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Malah, rata-rata netizen turut memuji dan mendoakan untuk Azil. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Akak ibu yg paling bahagia.. Begitu unik ank aut1sm.. Sememangnya jge mereka mmg perlu kesabaran.. Begitu juga sy yg mmpunyai seorang ank aut1sm.. ”

“ Dia tahu dh tugasan dia.. Anak syurga yg baik.. Ya Allah.. Pandainya abg azil.. Anak aut1sme klu dlatih dgn rutin mmg akan dbuatnya hari2.. ”

“ Bagusss nyaaa.. Pandailah abang.. Sehat slalu azil dan azal.. Anak istimewa penyejuk hati ibu.. Semoga syurga untuk kak ina..

“ Wow bagusnya anak bertuah ni.. Pandai awak didik anak.. Terharu saya.. Anak 0ku sy pun bukk tv tengok azan je.. Pastu tutup.. Radio n tv tak bleh bukak.. ”

“ Allahuakbar bijak Allah bg keistimewaan pd dia.. Tentu nya anak syurga.. Alhamdullilah.. Wahhhh.. Bilik pun lagi besar dari ruang tamu rumah sy.. ”

“ Pandainye azil.. Berkat kak ina duk ajar dia kan.. Dlm kekurangan tetap ada kelebihan die.. Kdg2 kite yg tak nampak.. ”

“ Pandai Azil.. Blh harap jgk.. Masyallah hebatnyee Azil.. Anak normal pon belum tentu berfikiran cerdik mcm tu.. Bertuah sis dpt anak syurga mcm diorg.. ”

“ Dalam kekurangan ada keistimewaan.. Anak yg normal pun tak amal dan serajin apa yg Azil buat.. Disiplin.. ”

Sikap Azil dalam melakukan rutinnya merupakan salah satu tindakan yang baik. Malah, berkat kesabaran Zarina mendidik Azil dengan mencontohi tindakan Azil dalam memanfaatkan waktu Maghrib yang singkat ini perlu diteruskan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zarina, Azil dan keluarga sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.

Silakan SHARE..

Sumber: IG zarinazainuddin

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan