” MashaAllah, your son punya cute is to the max.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Ardy Wira Dengan Kapsyen ‘ Little Imam ‘ Raih Perhatian Peminat. Alahai Wira, Kecil-Kecil Dah Pandai Nak Solat. Comel Lah Anak Soleh Mommy Dan Daddy Ni !!

Melent0r buluh biaralah dari rebungnya, begitulah pepatah Melayu supaya kita mendidik anak-anak sejak dari kecil, lebih-lebih lagi bab solat. Ajari anak-anak  solat sepertimana yang dituntut oleh agama kita. Anak-anak kebiasaannya akan menuruti apa yang ibu bapa lakukan.

Betty Rahmad sering berkongsi video dan gambar Ardy Wira di Instagram miliknya. Menerusi tinjauan di Instagram sebelum ini, Betty ada berkongsi video Wira menyanyi abjad ABC sampai habis. Sudah boleh hafal ABC Wira sekarang ni, tak sampai lagi usia 2 tahun. Walaupun masih pel4t, namun bunyi sebutan tu sudah jelas.

Perkongsian video terbaru Betty di Instagram miliknya, Wira seolah-olah sedang mahu solat menarik perhatian ramai. Suara pun perlahan je hanya gerakan mulut yang kelihatan. Little imam masih malu-malu ni. Comel sungguh Wira ni.

Pended4han awal Betty berkenaan solat kepada anaknya, Wira sangat bagus untuk Wira yang masih kecil. Walaupun baru berusia 1 tahun 9 bulan, Wira sudah tahu nak solat, elok berdiri atas sejadah. Yang bagusnya, kopiah tu sambil berlari pun boleh maintain atas kepala. Apalah agaknya yang Wira pegang tak lepas-lepas dekat tangan Wira tu. Kain pelikat yer..

Ikuti perkongsian video di bawah :

View this post on Instagram

Little imam 😍❤️ @ardywira_ #1year9monthsold

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Perkongsian Betty ini mendapat pujian daripada peminat dan mendoakan yang terbaik buat Wira. Antara komen-komen netizen:

” Salam Asar Dak Emcem.. alololololo.. Masha Allah… your son nye cute is to the maxx… love seeing ure lil’ imam.. “

” Subhanallah..wira nk solat asar ye, alhamdulillah kecik2 da pandai.. Alahhhh pandai nye wira… jd anak yg baik dan soleh.. “

” Allahu Akbar.. Kuat lah sikit Wira.. Alaaa comel sungguh wira ni.. Anak soleh mommy and daddy.. “

Gelagat Wira sering mencuri hati peminat. Tidak hairanlah Wira juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Setiap kali perkongsian video Wira dimuatnaik oleh Betty di Instagram, pastinya video tersebut mendapat ribuan like. Kecil-kecil dah dikenali ramai Wira ni.

Semoga perkongsian ini menjadi contoh buat ibu bapa yang lain, mendidik anak sedari kecil. Syabas buat Betty dan suami kerana mengajar Wira tentang solat. Didoakan semoga Wira menjadi anak soleh untuk kedua ibu bapa tercinta, dan keluarga ini berbahagia sehingga syurga. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..