” Alhamdulillah, isteri saya telah selamat bersalin.. ” – Fad Bocey

Fad Bocey Kongsi Berita Gembira Isterinya, Syahirah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Mereka Yang Ke-4. Wahhh Cantik Sungguh Nama Baby, Tahniah Fad Dan Isteri !!

Fad Bocey pada awal tahun telah berkongsi berita gembira yang isterinya, Syahirah Rahman sedang hamil cahaya mata yang ke-4. Sebelum ini, pasangan ini telah mempunyai sepasang anak kembar lelaki iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri bernama Nur Aminah Mishal.

Malam semalam, menerusi perkongsian di akaun Instagram, Fad telah berkongsi gambar yang memaparkan isterinya telahh dimasukkan ke sebuah pusat perubatan untuk bersalin. Fad juga turut memohon kepada orang ramai agar mendoakan segala urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan.

Beberapa jam sebentar tadi, Fad sekali lagi telah berkongsi berita terkini yang isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata mereka. Menerusi perkongsian itu juga Fad turut memaklumkan isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.41 pagi tadi.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam bersama isteri kesayangannya telah memilih nama yang cukup indah buat cahaya mata mereka iaitu Ibrahim Jibriel. Malah Fad turut mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta dan orang ramai yang mendoakan mereka.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rakan artis serta peminat-peminat terut mengucapkan tahniah buat Fad dan isterinya atas kelahiran cahaya barunya itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tahniahhhh Fadddd .. ” – Shuib Sepahtu

” Tahniah bro Fadbocey semoga kehadiran org baru menambahkan lg kebahagiaan dalam kluarga.. Semoga keluarga ini sentiasa dibawah rahmat Allah.. ” – Rahim Sepahtu

” Alhamdulillah.. Tahniah Fadbocey n wife.. Moga baby n ibu sihat n selamat semuanya amiin.. ” – Fakhrul Unic

” Tahniah Fad, Seronok gak anak ramai nie.. ” – Deen Hotfm

” Tahniah bro atas kelahiran cahaya mata kali ini, semoga semuanya sihat, Amin.. “

” Tahniah abg Fad dan isteri untuk cahaya mata yang keempat ini.. Alhamdulillah semuanya selamat dan semoga bayi dan ibunyanya sihat .. “

” Alhamdulillah, tahniah buat Fad, selamat berpantang buat isteri.. Comel baby.. “

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan buat isteri Fad. Bertambah lah ahli keluarga baru buat keluarga ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mrngucapkan tahniah buat Fad dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka dan selamat berpant4ng buat Syahirah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fad Bocey

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..