” Alahai kakak, comel jer senyumannya.. ” – Netizen

Video Anak Kesayangan Shukri Yahaya, Aaira Ameena Menyuakan Susu Kepada Adiknya, Maleew Miqayl Raih Perhatian. Alahai Rajin Betul Kakak Aaira Ni, Part Menguap Kepenatan Tu Comel !!

Siapa yang tak sayang adik kan. Walaupun masih kecil, kasih sayang antara adik beradik seharusnya diterapkan. Menerusi perkongsian di Instagram Hukri Kylez Emma, ada dikongsikan anak sulung Shukri Yahaya, Aaira Ameena menyuapkan susu buat adiknya, Maleww Miqayl. Bagus betul kakak. Kecil-kecil sudah paham erti kasih sayang dan tanggungjawab.

Yang mencuit hati dan menarik perhatian netizen apabila Aaira sambil menyuapkan adik susu, sempat menguap kepenatan. Namun, pandai sungguh cover ya Aaira. Bila nampak kamera saja, dari menguap bertukar jadi senyuman manis. Cantik sangat Aaira tersenyum tu.

Sweet sangat Aaira ni tau, setia di sisi adiknya tersayang, Miqayl dan menunggu Miqayl menghabiskan susu. Walaupun kelihatan penat tetap teruskan tanggungjawabnya ‘ menyusukan ‘ Miqayl. Terbaiklah Aaira punya ciri-ciri seorang kakak yang baik. Nasib baik Aaira tak baring sama sebelah Miqayl, hehehe.

Untuk rekod, Shukri telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan. Shukri telah mendapat jol0kan sebagai ‘ Wajah 12 Juta ‘ baru-baru ini apabila drama lakonannya 7 Hari Mencintaiku 2 telah ditontoni seramai 12 juta penonton sepanjang 33 episod ditayangkan di kaca televisyen.

Ikuti perkongsian video di bawah :

Sayang betul Aaira dekat adiknya, Miqayl ya. Pandai Aaira jaga adik. Bab senyum tu memang mahal sangat lah Aaira dan mendapat pujian netizen :

” Alahai kakak.. comel sgt.. “

” Aamiin. Jadi anak mithali.. comel jer senyuman dia.. “

” Bagus kakak… semoga kakak menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat.. “

” Cantik nye rambut kakak.. “

Sejuk mata memandang kasih sayang antara dua beradik ni. Bertuah sungguh Shukri dan Tya, walaupun Aaira baru berusia 4 tahun, namun kesungguhannya untuk menjaga Miqayl, memberikan susu tu harus dipuji. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kecil-kecil lagi dah rajin, terbaik Aaira.

Walaupun sibuk dengan penggambaran, namun Shukri masih mempunyai masa untuk anak-anak dan isteri tersayang. Pastinya keletah anak-anak dapat mengurangkan rasa kepenatan selepas seharian berkerja mencari nafkah untuk keluarga. Didoakan keluarga ini bahagia sampai syurga. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shukri Kylez Emma, Shukri Yahaya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..